Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Monday, February 25, 2013

NOVEL: Alang Rebus Tak Empuk

Assalamualaikum..

Actually, dah lama dah plan nak cerita pasal novel ini tapi tak sempat. Sebelum tue, jom kita review first sinopsis pasal cerita nie..

Sorry, quality gambar kureng sikit.. Ini disebabkan I used hp camera only. The camera is out of battery and since I tak begitu rajin mengecas..maka saya snap pakai hp aje..tp nampakkan?? :)

Sinopsis:

Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

okey..jom review sikit..

Novel nie is very simple and yet tak memboringkan. Sebenarnya untuk saya yg dh nearly 30 tahun ini, bila baca novel mcm ini buat saya rasa muda 10 tahun ke belakang.. :) because sepanjang saya baca novel nie, saya rasa macam sy pnh experience with all this cinta monyet, friendship, assignment belambak2, FYP proposal kena reject.. semua la..

cerita nie sgt la sweet. nak2 pulak penulis x gambarkan heroin dia muka ala-ala siti saleha ke, wawa zainal ke, or pelakon2 comel2 yg ramai kt pasaran skrg. Yang menariknya dia gambarkan gadis tue gelap, banyak jerawat (cantik sikit pada jalan tar) dan pendek tp mukanya sweet ala2 cheryl samad,pendiam pemalu dan baik hati yang minat sgt dekat jejaka yang hensem charming, tinggi mcm model and jejaka tue pulak mmg tak pandang la awek2 yg tak cantik nie..dan minat sorg gadis yg cantik ala2 juliana evans kt kolej 2..

tapi at the same time, since si Shifa dah teradmit perasaan dia dekat Ziyad, Ziyad serba salah dan untuk tak nak menghampakan Shifa, dia bagi nama pada hubungan mereka TEMAN TAPI MESRA..so cliche la..tak suka dgn term tue..tettt! *emo* 

masa berlalu, somehow, si Ziyad nie rasa hati dia dh di terbalikkan dan dia rasa mcm ada satu perasaan pelik dekat shifa dan di cuba untuk deny perasaan tue..tapi hati orang boleh di tipu hati sendiri, sendiri saja la yang tau.. 

so, between gadis cantik yg sombong dengan gadis biasa2 sj tapi baik hati, Ziyad harusla pikir yang terbaik.

Okey di sebalik cerita yang santai ini, apa yg dpt disimpulkan ialah..

Jgn pandang sekadar rupa semata2..pandang la peribadi. Sebab rupa menyenangkan hati kita sementara tapi akhlak dan peribadi menyenangkan kita selamanya..

sekian~~

p.s May Allah bless

Friday, January 11, 2013

My Cook Scrapbook

Assalamualaikum..

Eh apa nie? Rajin sgt update nie Farah??Why? :P

Well, tiba2 teringin nak share one of my azam. This year and onwards I hope I can write down every recipes that I cook into a scrapbook. Since sy nie tak da lah pandai masak kan..So every time I cook seems like having sentimental value on it. So my plan is to write down all recipes that I learn from my mak, my MIL, my sisters and pakcik google and write it in a scrapbook. And it will be handwriting okey. Tak mau type2 then just simpan dalam laptop. Tak adventure :P
 Macam dulu2 waktu sekolah kita kena buat scrap book, then kita akan make it colorful, then people will get attract to read kan..macam tue la saya nak buat. So, setiap kali saya masak, i'll write down the recipe and stick the pic. Nanti2 bila ada anak, i'll cook with her or him then kami akan sama2 stick our cooking pictures into this scrap book..anak??

errr...dah jauh sgt nie..first thing..get the baby first farah! :P

Well, people said we never know until we try kan..Why not. Dalam kepala nie dah macam2 idea keluar, but then sampai kedai buku..all my imagination seems like running or hiding somewhere.. terus blank a.k.a kosong kosong..macam lagu najwa latif. :D tak apa..still have time.. slow slow kayuh farah.. lets the dream comes true..chaiyok!
In shaa Allah..doakan saya ya..



“If your dreams do not scare you, they are not big enough" ― Ellen Johnson Sirleaf


My Scrap book would be like this..tapi bukan yang nie tau..the idea would be something like this.. thanks pakcik google for useful info :)


And my cooking.. :)


 

Chicken Chop with mesh potato, french potatos and hotdog black pepper sauce. 



Home made Pizza  



Spaghetti bolognese with homemade sauce



Udang masak patani



Baget best je kan..tak pa la..for own use only..bukan nak publish pun.. :D
So doakan la supaya dapat sy realisasikan impian saya nie..

May Allah bless..

Thursday, December 6, 2012

NOVEL: Perempuan Lindungan Kaabah

Assalamualaikum..

Saya baru beli novel last week. Perempual Lindungan Kaabah tajuk dia. Jom baca sinopsis kat bawah. I'm not a good interpreter. Takut nanti saya interpret terus buku nie jadi tak best pulak. :P




PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Okey la sedikit review dari saya..Well, sebagai novel melayu pada pendapat saya cerita nie agak cliche. Sebab? Hanan seorang gadis yg banyak terhutang budi dengan orang yang menjaga dia dari kecik terpaksa menerima anak lelaki penjaga dia sebab nak balas budi. Well, biasala kawen paksa, mula2 tak suka, menghina pasangan bagai tapi at the end jatuh cinta dan kekasih jealous sebab kena tinggal mula la buat plan jahat nak runtuhkan rumah tangga pasangan nie..bagi sy cliche la sbb kebanyakkan novel melayu mmg macam nie..kann..
BUT...
Even ceritanya cliche..ada sy kisah? Apa yang penting bg sy message yang nak disampaikan oleh penulis tue pada kita..and saya rasa buku nie full with reminder and message. Even with arrangement marriage where they married without love at the beginning, but at the end the sweetness of the story come after they fall in love during their marriage. Paling terkesan di hati saya waktu Hanan terpaksa membuat pilihan antara Alex dan Fareez. Tersepit diantara rasa kasih yang dia rasa tak pasti pada Alex dan terhutang budi kepada ibu Fareez. Mana satu pilihan dia.
Melalui novel nie, saya belajar banyak perkara..
Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik. 
Istikhlas..apa tue istikhlas? maksudnya pura-pura ikhlas :) dengan niat mengharap redha Allah. Ikhlas nie kita sendiri tak tau kita ikhlas ke tak. Even malaikat pun tak tau. Yang tau hanya Allah SWT. So kalau kita rasa kita kurang ikhlas dalam berbuat sesuatu, maka belajar la istikhlas..sekurang2nya kita hipokrit untuk mengharap keredhaan Allah..
Solat tahajud. Lepas baca buku nie, saya rasa teringin sangat nak buat solat tahajud. Memang mula2 kita rasa susah. Dah sedap2 tido, suddenly nak bangun..mesti sygkan katil lagi kan..tp cara penulis sampaikan seronoknya solat tahajud..saya rasa teringin sgt nak bangun buat solat tahajud..nk dapatkan ketenangan yang mcm dia bagitau. 
Dan macam2 lagi la yg sy belajar. Well sapa cakap novel yang cliche macam nie tak best. For me, this novel definitely tersangat best. Alhamdulillah banyak pahala penulis tue dapat :) good job Hana Ilhami! May Allah bless you.

p.s Selain dari Hana Ilhami nie, sy suka jugak baca karya Hlovate! oh..dakwah dia so santai and tak berat nak learn and bear in mind. So, sapa2 yang tercari2 novel2 dakwah macam nie..boley dapatkan di pasaran ok :)
May Allah bless..

Friday, April 13, 2012

Book: 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk wanita solehah

Assalamualaikum wbt.. :)


friends,


first of all, dont ask me why i'm keep updating my blog..biasanya sebulan sekali satu entry pn payah kan.. :D

its nothing..i just feel like 'rajin' to update my blog and just wanna share sket ilmu yg sy dpt from a BOOK..

ya..ya....i know..i'm novel addicted..tp..sy baca buku motivasi jugak tau.. :P


because..i realized,

the more we learn, the more we less..

because ilmu tak akan penah habis walaupun kita jenuh teroka smpai kerak bumi mcm filem Journey to the center of the earth..tettt!! perumpamaan bukan main lagi kan..

thanks pakcik google




111 Wasiat Rasulullah SAW untuk wanita solehah


maaf saya xsmpt ambil gmbr dari buku sy..actually buku sy kulit warna kuning but dont worry, same contains and same penulis..


the authors:DRS KAMSURI SELAMAT & MOHD HASNAWI


mmg ikutkan hati sy nak je kongsi dengan rakan2 muslimah semua 111 wasiat Rasulullah SAW untuk kita muslimah di entry nie..tp panjang sgt..so sy hanya amik beberapa dari Rasulullah SAW yg ada dlm buku nie utk perkongsian kita bersama..


dalam buku nie, ada beberapa wasiat Rasulullah untuk muslimah yg bergelar ISTERI..


1. Taat kepada suami.


Sabda rasulullah SAW: "Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suami seluruhnya. Dan jika suami memerlukanya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada dalam kenderaan, maka tidak boleh dia menolaknya"


hadis riwayat Thabrani


Maksudnya kat sini, dalam pemahaman sy la ya..kalau salah harap dapat dibetulkan..


Dalam erti kata lain,dengan mentaati suami, ganjaran yang di janjikan Allah adalah syurga.


"Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga"


hadis riwayat tarmizi dan abu majah


2.Selalu menyenangkan hati suami
Sabda Rasulullah SAW


"Sukakah kamu, aku ceritakan bakal isterimu disyurga? Para sahabat menjawab, "Tentulah sahaja kami suka" Maka Rasulullah SAW bersabda "iaitu kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, "inilah tanganku terserah padamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela padaku"
hadis riwayat thabrani

apa yang sy paham ialah..


seorang isteri yang solehah tidak akan menyusahkan suaminya, sentiasa berusaha menyenangkan hati suaminya dan membantu menolong suaminya menyelesaikan masalah suaminya..


betullah kata orang dulu2..


disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita


pentingnya seorang wanita dalam kehidupan lelaki sbb kita wanita adalah tulung rusuk mereka.Jika bengkok mereka, maka bengkoklah kita..dan jika lurusnya kita juga adalah kerana mereka.. :)

okeylah..saya share dua wasiat dulu k..insyaAllah kalau saya ada kelapangan sy akan share lagi..sbb memang..dlm buku nie banyak wasiat rasulullah yang muslimah perlu baca..untuk menjadi calon bidadari syurga.. :)




p.s syurga isteri ditelapak kaki suaminya..


have a very good night.. :)


n may Allah bless

Wednesday, April 11, 2012

Book:Biografi Agung Rasulullah SAW

Assalamualaikum Friends, :)



Sebelum start nak tulis entry, izinkan sy mengucapkan takziah utk saudara2 kita di Acheh atas musibah yang jadi petang td. Gempa bumi kuat 8.9 skala richter mmg menakutkan. Bayangkan gempa bumi tue mampu membuat kita turut terasa kesannya even kita jauh beribu2 batu dari tmpt kejadian. Bayangkan mereka yang betul2 di sana. Dengan kesan trauma yang jadi ketika taun 2004 masih kuat dlm ingatan, musibah nie mampu bagi kesan yg dalam buat mereka..

takziah warga acheh!


ok back to main topic. actually saya nak promote buku nie :D






BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW, karya Rusydi Ramli Al-Jauhari. Penting untuk diingatkan yang Rusydi Ramli Al Jauhari bukan anak Norlia Ghani tue tau :)


sebagai orang islam yang mencintai rasulnya, memang bagi sy, wajib untuk kita miliki buku nie. Seriously, buku nie must read. Sesuai dengan pengedar buku nie Mustread sdn bhd :D

memang kita wajib baca, sebab contain dlm buku nie, masyaAllah membuatkan kita lebih mengenali rasulullah. Cara nya, sifat&sikapnya, pendiriannya, keperibadian dan segalanya tentang rasulullah. Pedang yang baginda gunakan waktu berperang, pakaian yang digunakan rasulullah semasa hidup, rumah baginda, sahabat-sahabat baginda, putera-puteri baginda, isteri-isteri baginda dan lain-lain lagi.


dan yang menariknya tentang buku nie ialah, buku nie disertakan dgn ilustrasi. gambar-gambar yg menarik, penggunaan warnanya memang buat kita rasa seronok nak bc. Even kanak2 pun bagi sy akan tertarik untuk baca dan mengenali rasulullah.




inside the book :)


p.s penting bagi kita umat rasulullah untuk mengenali dan mencintai rasulullah supaya di padang masyar kelak kita mampu mendapat syafaat dari baginda..


pilihan di tangan anda..may Allah bless :)