Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Hlovate :)

Assalamualaikum..

Mimpi Hlovate semalam..hahaha..adeh..punya la addict dgn segala jenis hikayat hlovate then sebelum tdo mengadap Anthem, cenggini la jadinya..

Nak kenal alam nyata tuan punya Anthem memang idakla..Hlovate punya privacy super duper tinggi punya..tapi sikit pun tak terjejas tahap keminatan saya terhadap karya-karya beliau. *Wink*

So back to the story, semalam mimpi dia..at the beginning Hlovate is a man..then suddenly waktu dia keluar rumah, she wearing hijab..ahahahaha...she's small and very sweet person..pakai selendang tapi selendang labuh warna grey..heheheh...sangat merapu betul ini mimpi.

But whatever it is..dapat jumpa Hlovate walau sekadar dalam mimpi sgt menyeronokkan..jumpa the person that's inspired me a lot....and whatever it is jugak..
saya selalu mendoakan beliau di rahmati Allah..sebab tanpa beliau sedar..beliau telah banyak mengajar saya mengenal tuhan.





Dang!! Kena sebijik. Adeh..

kredit pic: Hlovate fb, mr google.
p.s May Allah bless

Monday, February 25, 2013

NOVEL: Alang Rebus Tak Empuk

Assalamualaikum..

Actually, dah lama dah plan nak cerita pasal novel ini tapi tak sempat. Sebelum tue, jom kita review first sinopsis pasal cerita nie..

Sorry, quality gambar kureng sikit.. Ini disebabkan I used hp camera only. The camera is out of battery and since I tak begitu rajin mengecas..maka saya snap pakai hp aje..tp nampakkan?? :)

Sinopsis:

Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

okey..jom review sikit..

Novel nie is very simple and yet tak memboringkan. Sebenarnya untuk saya yg dh nearly 30 tahun ini, bila baca novel mcm ini buat saya rasa muda 10 tahun ke belakang.. :) because sepanjang saya baca novel nie, saya rasa macam sy pnh experience with all this cinta monyet, friendship, assignment belambak2, FYP proposal kena reject.. semua la..

cerita nie sgt la sweet. nak2 pulak penulis x gambarkan heroin dia muka ala-ala siti saleha ke, wawa zainal ke, or pelakon2 comel2 yg ramai kt pasaran skrg. Yang menariknya dia gambarkan gadis tue gelap, banyak jerawat (cantik sikit pada jalan tar) dan pendek tp mukanya sweet ala2 cheryl samad,pendiam pemalu dan baik hati yang minat sgt dekat jejaka yang hensem charming, tinggi mcm model and jejaka tue pulak mmg tak pandang la awek2 yg tak cantik nie..dan minat sorg gadis yg cantik ala2 juliana evans kt kolej 2..

tapi at the same time, since si Shifa dah teradmit perasaan dia dekat Ziyad, Ziyad serba salah dan untuk tak nak menghampakan Shifa, dia bagi nama pada hubungan mereka TEMAN TAPI MESRA..so cliche la..tak suka dgn term tue..tettt! *emo* 

masa berlalu, somehow, si Ziyad nie rasa hati dia dh di terbalikkan dan dia rasa mcm ada satu perasaan pelik dekat shifa dan di cuba untuk deny perasaan tue..tapi hati orang boleh di tipu hati sendiri, sendiri saja la yang tau.. 

so, between gadis cantik yg sombong dengan gadis biasa2 sj tapi baik hati, Ziyad harusla pikir yang terbaik.

Okey di sebalik cerita yang santai ini, apa yg dpt disimpulkan ialah..

Jgn pandang sekadar rupa semata2..pandang la peribadi. Sebab rupa menyenangkan hati kita sementara tapi akhlak dan peribadi menyenangkan kita selamanya..

sekian~~

p.s May Allah bless

Thursday, December 6, 2012

NOVEL: Perempuan Lindungan Kaabah

Assalamualaikum..

Saya baru beli novel last week. Perempual Lindungan Kaabah tajuk dia. Jom baca sinopsis kat bawah. I'm not a good interpreter. Takut nanti saya interpret terus buku nie jadi tak best pulak. :P




PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Okey la sedikit review dari saya..Well, sebagai novel melayu pada pendapat saya cerita nie agak cliche. Sebab? Hanan seorang gadis yg banyak terhutang budi dengan orang yang menjaga dia dari kecik terpaksa menerima anak lelaki penjaga dia sebab nak balas budi. Well, biasala kawen paksa, mula2 tak suka, menghina pasangan bagai tapi at the end jatuh cinta dan kekasih jealous sebab kena tinggal mula la buat plan jahat nak runtuhkan rumah tangga pasangan nie..bagi sy cliche la sbb kebanyakkan novel melayu mmg macam nie..kann..
BUT...
Even ceritanya cliche..ada sy kisah? Apa yang penting bg sy message yang nak disampaikan oleh penulis tue pada kita..and saya rasa buku nie full with reminder and message. Even with arrangement marriage where they married without love at the beginning, but at the end the sweetness of the story come after they fall in love during their marriage. Paling terkesan di hati saya waktu Hanan terpaksa membuat pilihan antara Alex dan Fareez. Tersepit diantara rasa kasih yang dia rasa tak pasti pada Alex dan terhutang budi kepada ibu Fareez. Mana satu pilihan dia.
Melalui novel nie, saya belajar banyak perkara..
Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik. 
Istikhlas..apa tue istikhlas? maksudnya pura-pura ikhlas :) dengan niat mengharap redha Allah. Ikhlas nie kita sendiri tak tau kita ikhlas ke tak. Even malaikat pun tak tau. Yang tau hanya Allah SWT. So kalau kita rasa kita kurang ikhlas dalam berbuat sesuatu, maka belajar la istikhlas..sekurang2nya kita hipokrit untuk mengharap keredhaan Allah..
Solat tahajud. Lepas baca buku nie, saya rasa teringin sangat nak buat solat tahajud. Memang mula2 kita rasa susah. Dah sedap2 tido, suddenly nak bangun..mesti sygkan katil lagi kan..tp cara penulis sampaikan seronoknya solat tahajud..saya rasa teringin sgt nak bangun buat solat tahajud..nk dapatkan ketenangan yang mcm dia bagitau. 
Dan macam2 lagi la yg sy belajar. Well sapa cakap novel yang cliche macam nie tak best. For me, this novel definitely tersangat best. Alhamdulillah banyak pahala penulis tue dapat :) good job Hana Ilhami! May Allah bless you.

p.s Selain dari Hana Ilhami nie, sy suka jugak baca karya Hlovate! oh..dakwah dia so santai and tak berat nak learn and bear in mind. So, sapa2 yang tercari2 novel2 dakwah macam nie..boley dapatkan di pasaran ok :)
May Allah bless..