Tuesday, April 6, 2010

ibu akhir zaman

nk share sket crita yg aku br baca dlm mailbox aku smlm..actually kisah nie dah lm...dan dah lama jugak terperap dlm inbox...tp aku sungguh xda masa utk bukak satu2 email forward nie..so smlm ada sket kelapangan..aku pon baca..sgt menyayat ati..sgt menyedihkan..

SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan
anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).

Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah. Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan. "Emak cakap, 'Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung," katanya. Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.

Salina , 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004. Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail. Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.

SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?

SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.

SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?

SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.

SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?

SP4: Dia terus senyap.

SALIM: Apa kamu buat?

SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata:
'Kau basuh berak anak sial ni'. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa
dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.

SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?

SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan.

SALIM: Seterusnya?

SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, 'Along...apa
pasal Syakir? Saya cakap 'mana Along tahu' dan tanya mengapa. Emak kata, 'jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah'. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan lap.

SALIM: Apa tindakan emak?

SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak diberitahu langsung. Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali 'Abang Talib' pada 6 April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004. Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir. "Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab, " katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat. Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun.


kucing pon pandai syg anak... :(

ya Allah..ya Mujrial Sahab..Ya Allah..Ya Hazimul Azhab..Jadikan kami ayah dan ibu yg beriman, bertaqwa dan bertanggungjawab..amien..ya rabbal alamin...

im closed to the end..

counting to the end...

19 days left until final report submit n bye2 to campus..ahhh...cant wait until dat moment..

tp..slagi xsmpai ke tanggal 26hb april 2010, focus, focus n keep focus..anything can happen di saat2 akhir nie...

dah terlalu lama aku bg janji2 manis kat mak n adik2 aku.,dh hampir tiba masa utk aku lunasi sumanya....sungguh tidak sabar..

doakan segalanya baik2 ya kawan2... :)


left jobs remaining..

viva - fyp (t.a.k.u.t) - 15/4/10
final exam - 20/4/10
submit full report - 26/4/10

Monday, April 5, 2010

youthsays

dah lama tidak mengupdate blog...waa...knp mls sgt nie...sungguh xlarat rs sari dua nie nk ngdap lappy nie...bukan xrindu..rindu..tp kemalasan menguasai diri...huhu..dah pelbagai perkara dah didlm kepala yg nk dirangka...tp bl da di dpn lappy..aku blur..knp ya...confuse menguasai diri.

ok..ari nie...aku akan merajinkan diri mengupdate blog dan juga berjln2 ke blog kawan2 yg lain...
isi pertama pada ari ini berkisar pasal youthsays...penah dgr pasal community nie...actually aku pon br ja join ngan youthsays nie...agak menarik walaupon community nie da lama wujud di malaysia nie..lebih kurang macam nuffnang..dpt earn money..cuma di youthsays nie..dpt kt dapat CP iaitu contribute point..dgn point2 yg kita terima..kt boley bid barang2 mcm mp4, mobile phone n etc..


dalam masa 23 hours, aku da dpt earning sbnyk rm2.40...skrg my earning lebih kurang rm6.00..yg lain nya dari nuffnang bknnya kita kena klik iklan2 yg kuar kt blog kt..tp support iklan or sebarang aktiviti dlm 2...utk student2 yg nk wat event..boley jugak klu nk dptkan sponsor dari dlm 2..yg penting aktif.. :)

jomla kawan2...kita beramai2 memeriahkan youthsays.. :)



Friday, April 2, 2010

al-fatihah buat Allayarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Moir Ahmad Fuad Bin Mior Badri atau lebih dikenali sbg Din Beramboi disahkan meninggal dunia pagi td..sungguh aku terkejut dan x sangka..rasanya baru semalam dgr suara allahyarham di [agi di era, br semalam nmpk dia di spontan, br semalam nmpk dia dengan wuhai beramboi..ari nie dia dah tiada..Maha Kuasa Allah taala..itula janji Allah dengan hambaNya..

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

"Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.

"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

ehsan harian metro

tiada lagi gelak ketawanya, tiada lagi lawak jenaka nya, tiada lagi suaranya..tinggallah segala-galanya..semoga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarham Din Beramboi..Al-Fatihah..

Wednesday, March 31, 2010

exchange link.. :)

ari nie internet terasa sedikit laju..dan aku berasa selesa utk berjln2 melawat umah2 org...
tetiba terdetik..agak susah utk aku update sume blog memandangkan internet kt sini demam kura2..
kura2 ini diambil dr pakcik google

so, aku bercadang utk exchange link ngan sume kawan2 blogger..

kepada sume kawan2 blogger..yg berminat utk exchange link dgn sy..boley tgglkan komen n nnti sy akan masukkan ke link bloggerz sy...

Tuesday, March 30, 2010

---no title---

alhamdullillah..akhirnya nibong tebal dilimpahi hujan jugak.. :)
udara terasa nyaman,
hati terasa tenang,
minda terasa lapang,
jiwa terasa senang,
dan suma nie mampu menutup hati yg gundah gulana,

pening memikirkan 6 copies thesis,
pening memikirkan viva,
pening memikirkan assignment,pening memikirkan segalanya,

aku nk tamatkan suma nie dgn secepat yg mungkinsupaya aku lebih tenang
aku lebih senang
sedar x sedar aku da hampir tiba di penghujung,
xboley kalah
xboley mengalah
terus berjuang dan berjuang..

aku rs migrain nie macam nk kunjung tiba ja...
nnti la dulu..bg la aku selamat antar report sok..
pas2 nk migrain migrain la..
sabar ya sabar...


credit to pakcik google

mode: no mood..erk!