Tuesday, August 20, 2013

Pray for Egypt.

Assalamualaikum..

Friends,

I need your help..so much help..

please..please..please..pray for our brothers and sisters in Egypt.. :(




Du’a is the weapon of a Muslim..please pray for them..and don't forget pray to Syria, Palestine, Rohingya as well. :(

Hasbunallah wanikmal wakil Allah (Alone) is sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)

p.s May Allah bless

Wednesday, August 14, 2013

Mengapa perlu solat?

Assalamualaikum..

Mengapa perlu solat?

Sebab solat tiang agama. Dalam seni bina sekalipun, untuk membina sesebuah bangunan, apa yg diperlukan dulu ialah tiangnya. So do, agama..tegakkan agama perlu tegakkan tiang..kukuhkan tiang..kalau tiang lembut, kalau tiang tak kukuh, maka agama jugak akan kurang kukuh,

Sebab solat ialah masa kita dengan Allah. Masa kita berdua dengan Allah. Kita nak mengadu, kita nak meminta, kita nak merayu, kita nak memohon,,just speak to Allah. Allah maha mendengar segala rayuan kita. Instead of luahkan hati dekat orang, kita boleh luahkan perasaan dekat Allah..best kan?
Banyak lagi sebab kenapa perlu solat. Tapi paling utama sebab kerana itu perintah dariNya, itu tanggungjawab kita. Tanggungjawab yang Allah dah perintahkan hamba2Nya untuk buat. Lapangkan hati, ikhlaskan diri..insha Allah hidup diberkati.
Firman Allah :
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang – Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; Surah al-Ma’arij ( 70 ) : 19-23






Btw, Selamat Hari Raya. Semoga segala amalan kita diterima Allah.Amin. 
p.s May Allah bless~~


Thursday, July 25, 2013

Tolong stop pasang lagu raya


Assalamualaikum..

Lagu raya dah mula kedengaran di corong-corong radio..baru 17 hari puasa kottt...solat witir pun baru start baca qunut..kenapa nak dipasang lagu raya dah..Saya tak nak dengar lagu raya lagi..sebab..

saya baca quran tak habis lagiiii...waaa..takut tak sempat... :( Saya tak nak baca quran cepat-cepat semata-mata nak kejar target. Saya nak baca quran supaya saya dapat faham kandungan al-quran, nak feel macam saya baca novels.

Tolong hentikan lagu2 raya di corong-corong radio, di MP3-MP3, di lab, di ofis dan di mana saja saya berada..saya tak sedia lagi nak raya..pleasee..

Hmm..how fast time flies~~



Sekian..

p.s May Allah bless..

Tuesday, July 9, 2013

Stress

Rakan-rakan sekalian..benar..stress itu tidak baik untuk kesihatan. Tapi sekarang saya sangat stress..

Monday, June 17, 2013

Kisah Abah dan Saya :)

Assalamualaikum..

saya ada satu cerita nak dikongsikan..

dulu waktu saya kecik-kecik, abah memang sibuk. Selalu sibuk.. Selalunya bila kami adik beradik dah tidur, baru abah balik. Kadang-kadang sampai dua tiga hari saya tak nampak abah.
Dulu, saya selalu pura-pura tidur depan tv sebab saya tau nanti bila abah balik rumah, abah akan angkat saya masuk bilik. Waktu tue je la abah nak tengok saya. Dengan tue, abah takkan lupa saya :)

Bila dah dewasa nie, nak nak pulak dah kawen..lagi jarang jumpa abah. Sekali sekala balik rumah mak, takkan nak buat-buat tidur depan tv lagi pulakkan..anak abah nie tak kurang jayanya dia mem'besar'..hahaha

Tapi, walaupun saya jarang jumpa abah sekarang..inshaAllah doa untuk abah sentiasa saya titipkan untuk selama-lamanya..sebab doakan wireless..tak perlu jumpa untuk berdoa..walau jarang berjumpa, walau jauh beribu batu..walau dimana saja kita berada..kita boleh berdoa..

ya..saya sayang abah saya..

Happy Father's Day..abah..

May Allah bless you, May Allah grant the best to you..




May Allah bless..

Tuesday, May 28, 2013

Wanita Muslimah


"Eh, kenapa kau pakai inner ninja tue? Kau kan pakai bawal je?" tanya seorang sahabat.
Sambil tangan ligat membetulkan tudung dihadapan cermin dia menjawab,
"Bawal nie agak jarang, nanti nampak leher."

"Kau pakai handsock? Kan dah panjang tangan baju kau tue?" tanya sahabat itu lagi.
Sambil menyarungkan sarung lengan di lengannya, dia menjawab,
"Tangan panjang pun tak da kancing hujung dia, nanti takut ternampak lengan secara tak sengaja"

"Pakai stokin pulak..?kan ke kau pakai loafers tue..tak nampak dah jari-jari kaki tue" sahabat itu bertanya lagi.
"Aurat kita meliputi keseluruhan kaki, bukan setakat tutup jari kaki." sambil duduk menyarungkan sarung kakinya di tangga rumah dia menjawab.

Tanya sahabat lagi, "Kau tak rasa leceh ke tiap kali nak keluar kena buat semua benda-benda nie. Lagipun kita nak ke kedai depan nie je"
"Aku lagi rasa leceh kalau nanti kat padang masyar aku kena hisab dengan dosa-dosa yang patut aku boleh elak waktu kat dunia" lantas dia bangun dan bergerak menuju ke kedai di hadapan rumah mereka.


copy pic from pakcik google

Allah dah mensyariatkan cara untuk kita. Kenapa tak nak dapat redha Allah? :)
I am imperfect, I just wanna change for a better.

p.s May Allah bless~~

Friday, May 24, 2013

A relief..



Assalamualaikum..

dah isha'? Jom isha' dulu.. :)



p.s May Allah bless~~