Monday, February 25, 2013

NOVEL: Alang Rebus Tak Empuk

Assalamualaikum..

Actually, dah lama dah plan nak cerita pasal novel ini tapi tak sempat. Sebelum tue, jom kita review first sinopsis pasal cerita nie..

Sorry, quality gambar kureng sikit.. Ini disebabkan I used hp camera only. The camera is out of battery and since I tak begitu rajin mengecas..maka saya snap pakai hp aje..tp nampakkan?? :)

Sinopsis:

Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

okey..jom review sikit..

Novel nie is very simple and yet tak memboringkan. Sebenarnya untuk saya yg dh nearly 30 tahun ini, bila baca novel mcm ini buat saya rasa muda 10 tahun ke belakang.. :) because sepanjang saya baca novel nie, saya rasa macam sy pnh experience with all this cinta monyet, friendship, assignment belambak2, FYP proposal kena reject.. semua la..

cerita nie sgt la sweet. nak2 pulak penulis x gambarkan heroin dia muka ala-ala siti saleha ke, wawa zainal ke, or pelakon2 comel2 yg ramai kt pasaran skrg. Yang menariknya dia gambarkan gadis tue gelap, banyak jerawat (cantik sikit pada jalan tar) dan pendek tp mukanya sweet ala2 cheryl samad,pendiam pemalu dan baik hati yang minat sgt dekat jejaka yang hensem charming, tinggi mcm model and jejaka tue pulak mmg tak pandang la awek2 yg tak cantik nie..dan minat sorg gadis yg cantik ala2 juliana evans kt kolej 2..

tapi at the same time, since si Shifa dah teradmit perasaan dia dekat Ziyad, Ziyad serba salah dan untuk tak nak menghampakan Shifa, dia bagi nama pada hubungan mereka TEMAN TAPI MESRA..so cliche la..tak suka dgn term tue..tettt! *emo* 

masa berlalu, somehow, si Ziyad nie rasa hati dia dh di terbalikkan dan dia rasa mcm ada satu perasaan pelik dekat shifa dan di cuba untuk deny perasaan tue..tapi hati orang boleh di tipu hati sendiri, sendiri saja la yang tau.. 

so, between gadis cantik yg sombong dengan gadis biasa2 sj tapi baik hati, Ziyad harusla pikir yang terbaik.

Okey di sebalik cerita yang santai ini, apa yg dpt disimpulkan ialah..

Jgn pandang sekadar rupa semata2..pandang la peribadi. Sebab rupa menyenangkan hati kita sementara tapi akhlak dan peribadi menyenangkan kita selamanya..

sekian~~

p.s May Allah bless

Tuesday, February 19, 2013

A love letter..

Assalamualaikum..




Well, I love this quote. I really meant it. It just like what I feel and it's interpreted into the words..

Why??

Because He ALWAYS know what we DONT know. As in Holy Quran said:

"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." 2:216


p.s my mom always said put your trust to Allah. Indeed Allah is the best planner..

May Allah bless..

Thursday, February 14, 2013

Surah Al Fatihah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 23 Jan lepas, genap 4 taun sy dan En Azrin berdua bersatu (bak kata Forteen) :)
Dan kami masih berdua..Wink! tapi tak apa..saya tak kisah pun because I always believe that Allah has better plan for both of us. So, la tahzan..

But, that's not the point I would like to share today. Hari ini saya nak share something. I feel weird with myself nowadays. Sungguh..the feeling is like macam I'm missing something. Macam my life is not complete. Macam missing puzzle to complete a picture. Tapi apa yang missing? Itu yang saya masih struggling mencari. Sampai baru-baru nie sy notice. Dalam doa saya setiap selesai solat, saya mohon Allah kurniakan saya dan suami anak-anak yang soleh dan solehah, yang dapat menegakkan agama Allah, yang dapat menjadi seorang yang berguna untuk agama dan masyarakat, anak-anak yang dapat mendoakan sy dan suami bila kami tak ada di dunia kelak dan anak-anak yang dpt mengeratkan kasih sayang saya dan suami. Saya mohon Allah kurniakan sy dan suami anak-anak ini. Tapi apa yang sy dah buat untuk diri saya? Nothing.

Saya tak buat apa-apa pun untuk diri sy untuk saya mampu dapat anak-anak yang sy mohon dari Allah taala. Saya masih amik mudah bab-bab menjaga aurat, saya masih amik mudah bab-bab berkomunikasi especially dengan berlainan gender, saya masih amik mudah dalam sikap dan tanggungjawab, saya masih melawan ckp suami (sometimes), sy masih tak jaga hubungan sesama manusia, even saya sendiri masih belum mampu untuk bergelar muslimah yang baik, macam mana Allah nak kurniakan sy anak yang soleh dan solehah?

Recently, tiba-tiba sy tergerak nak baca terjemahan surah Al fatihah (yang mana sepatutnya sy dari dulu lagi harus baca dan faham makna dlm surah fatihah tapi saya amik mudah) perasaan sy sungguh berdebar, takut dan rasa betapa berkuasanya Allah, sedangkan sebelum nie surah tue yg sy baca dalam setiap solat saya.

Saya rasa takut sbb setiap kali dalam solat sy mohon Allah tunjukkan jalan yang lurus, dan Allah dh guide kita menuju jalan yg lurus, tapi kita masih ambil muda, Allah dah terangkan perkara yang Dia murka ,melalui ayat-ayatNya di dalam al-quran tapi kita masih leka..dan sekarang sy faham sesungguhnya Allah sentiasa ada rancangan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bagi saya, Allah mahu saya berubah dulu untuk menjadi hamba yang lebih baik, anak yang soleh, isteri yang taat sebelum sy dapat jadi ummi yang dapat mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berakhlak baik.


Bacaan surah Al-Fatihah, ayat 1-7 yang bermaksud:
‪[1] 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]
 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]
 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]
 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.‬

Insha-Allah saya akan cuba memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik. 

“Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ku selepas Engkau berikan hidayah.”
“Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah engkau beri petunjuk kepada kami. Dan Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.”

p.s  May Allah bless...