Monday, January 17, 2011

perbezaan dato' dan datuk

salam readers..

bersempena hari keputeraan sultan kedah semalam..sy sebenarnya dan yakin sememangnya ramai yang keliru dengan perbezaan datuk dan dato'..mmg pon..slama nie sy tulis ja dato' shiela majid or datuk siti nurhaliza..sbb bg sy ttp xda bezanya..asalkan pronunciation btl sudaaa..kan..tp actual mmg ada a bit different between this two..and abviously dari segi ejaan la kan..tp..antara beza lain antaranya..

Dato’

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan

mcm tue jugak dato' seri dan datuk seri..yg membezakan hanyalah sama ada di anugerahkan oleh Sultan/raja atau kerajaan persekutuan..

so mcm mana dgn pasangan masing2..? title apa yg mereka dpt..

suami: dato'
isteri: datin


suami:datuk
isteri: datin
*note: isteri pertama ja mendapat gelaran datin ye kawan2..isteri kedua ketiga waima isteri bongsu masih digelar puan..wink!! :P

isteri:dato'
suami:encik

isteri:datuk
suami:encik

hmm..tak kisah la datuk ke dato' ke yg penting jaga la pingat kebesaran yg baginda anugerahkan dengan sebaik2nya..jgn disalah guna..sbb gelaran hanyalah pangkat..yg membawa diri adalah sifat dan sikap diri kita sendiri..baik pembawakannya pujian di beri..buruk pembawakannya cacian diterima...wahhhhh..hehehhe

p.s sekian ucapan sy untuk ari nie.. :P

2 comments:

mdm nora said...

tahniah datuk wan salleh..

hassanpendek said...

Setuju sebab ada jugak gelaran yang boleh menimbulkan syak kerana akhlak yang tidak sepadan