thanks pakcik google
111 Wasiat Rasulullah SAW untuk wanita solehah
maaf saya xsmpt ambil gmbr dari buku sy..actually buku sy kulit warna kuning but dont worry, same contains and same penulis..
the authors:DRS KAMSURI SELAMAT & MOHD HASNAWI
mmg ikutkan hati sy nak je kongsi dengan rakan2 muslimah semua 111 wasiat Rasulullah SAW untuk kita muslimah di entry nie..tp panjang sgt..so sy hanya amik beberapa dari Rasulullah SAW yg ada dlm buku nie utk perkongsian kita bersama..
dalam buku nie, ada beberapa wasiat Rasulullah untuk muslimah yg bergelar ISTERI..
1. Taat kepada suami.
Sabda rasulullah SAW: "Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suami seluruhnya. Dan jika suami memerlukanya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada dalam kenderaan, maka tidak boleh dia menolaknya"
hadis riwayat Thabrani
Maksudnya kat sini, dalam pemahaman sy la ya..kalau salah harap dapat dibetulkan..
Dalam erti kata lain,dengan mentaati suami, ganjaran yang di janjikan Allah adalah syurga.
"Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga"
hadis riwayat tarmizi dan abu majah
2.Selalu menyenangkan hati suami
Sabda Rasulullah SAW
"Sukakah kamu, aku ceritakan bakal isterimu disyurga? Para sahabat menjawab, "Tentulah sahaja kami suka" Maka Rasulullah SAW bersabda "iaitu kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, "inilah tanganku terserah padamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela padaku"
hadis riwayat thabrani
apa yang sy paham ialah..
seorang isteri yang solehah tidak akan menyusahkan suaminya, sentiasa berusaha menyenangkan hati suaminya dan membantu menolong suaminya menyelesaikan masalah suaminya..
betullah kata orang dulu2..
disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita
pentingnya seorang wanita dalam kehidupan lelaki sbb kita wanita adalah tulung rusuk mereka.Jika bengkok mereka, maka bengkoklah kita..dan jika lurusnya kita juga adalah kerana mereka.. :)
okeylah..saya share dua wasiat dulu k..insyaAllah kalau saya ada kelapangan sy akan share lagi..sbb memang..dlm buku nie banyak wasiat rasulullah yang muslimah perlu baca..untuk menjadi calon bidadari syurga.. :)
p.s syurga isteri ditelapak kaki suaminya..
have a very good night.. :)
n may Allah bless