Saya baru beli novel last week. Perempual Lindungan Kaabah tajuk dia. Jom baca sinopsis kat bawah. I'm not a good interpreter. Takut nanti saya interpret terus buku nie jadi tak best pulak. :P
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...
“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex
“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
Okey la sedikit review dari saya..Well, sebagai novel melayu pada pendapat saya cerita nie agak cliche. Sebab? Hanan seorang gadis yg banyak terhutang budi dengan orang yang menjaga dia dari kecik terpaksa menerima anak lelaki penjaga dia sebab nak balas budi. Well, biasala kawen paksa, mula2 tak suka, menghina pasangan bagai tapi at the end jatuh cinta dan kekasih jealous sebab kena tinggal mula la buat plan jahat nak runtuhkan rumah tangga pasangan nie..bagi sy cliche la sbb kebanyakkan novel melayu mmg macam nie..kann..
BUT...
Even ceritanya cliche..ada sy kisah? Apa yang penting bg sy message yang nak disampaikan oleh penulis tue pada kita..and saya rasa buku nie full with reminder and message. Even with arrangement marriage where they married without love at the beginning, but at the end the sweetness of the story come after they fall in love during their marriage. Paling terkesan di hati saya waktu Hanan terpaksa membuat pilihan antara Alex dan Fareez. Tersepit diantara rasa kasih yang dia rasa tak pasti pada Alex dan terhutang budi kepada ibu Fareez. Mana satu pilihan dia.
Melalui novel nie, saya belajar banyak perkara..
Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik.
Istikhlas..apa tue istikhlas? maksudnya pura-pura ikhlas :) dengan niat mengharap redha Allah. Ikhlas nie kita sendiri tak tau kita ikhlas ke tak. Even malaikat pun tak tau. Yang tau hanya Allah SWT. So kalau kita rasa kita kurang ikhlas dalam berbuat sesuatu, maka belajar la istikhlas..sekurang2nya kita hipokrit untuk mengharap keredhaan Allah..
Solat tahajud. Lepas baca buku nie, saya rasa teringin sangat nak buat solat tahajud. Memang mula2 kita rasa susah. Dah sedap2 tido, suddenly nak bangun..mesti sygkan katil lagi kan..tp cara penulis sampaikan seronoknya solat tahajud..saya rasa teringin sgt nak bangun buat solat tahajud..nk dapatkan ketenangan yang mcm dia bagitau.
Dan macam2 lagi la yg sy belajar. Well sapa cakap novel yang cliche macam nie tak best. For me, this novel definitely tersangat best. Alhamdulillah banyak pahala penulis tue dapat :) good job Hana Ilhami! May Allah bless you.
p.s Selain dari Hana Ilhami nie, sy suka jugak baca karya Hlovate! oh..dakwah dia so santai and tak berat nak learn and bear in mind. So, sapa2 yang tercari2 novel2 dakwah macam nie..boley dapatkan di pasaran ok :)
May Allah bless..
2 comments:
SAYA SETUJU DGN PENDAPAT AWAK TTG NOVEL NI!
:) sebenarnya novel dakwah mcm nie lg mudah diterima sebab dlm santai membaca dia bg kita ilmu indirect way..thanks sbb bc setuju dgn pndpt yg tak seberapa nie..
salam kenal.. :)
Post a Comment