Friday, March 22, 2013

Arah tuju selepas SPM

Assalamualaikum my dear silent readers (Kalau ada yang baca la *smile*)..




Semalam result SPM keluar kan? Big applause to all straight A student. Congratulation! :)

Bukan senang kan nak dapat straight A. Bukan senang..


(credit pic: Pakcik google)


Tapi bagi yang dapat keputusan yang kurang cemerlang..this is not the end of the world. Jangan putus asa, jangan patah semangat dan jangan putus harap.

ok..hari nie kakak nak bercerita sikit..kakak??tettt..memang kakak la kan..saya bukannya muda lagi pun walau kadangkala terlupa berapa umur saya kini..ok..back to the story..

biar kakak bercerita..

Actually, waktu sekolah dulu kakak bukan pelajar cemerlang pun. Malah boleh dikatakan tercorot. Kelas hujung-hujung bangunan, belajar suam-suam kuku saja. Main dalam kelas cuma tak ponteng kelas saja. Pendek kata tak serius dalam belajar.

Let me tell you a secret,

Sepanjang exam yang besar-besar eg, UPSR, PMR dan SPM, kakak tak penah dapat result lebih dari 2A..hahaha..terukkan? memang teruk..dan 2A remain subjek yang sama ja dari UPSR, PMR dan SPM. Bahasa Melayu dan Matematik. :)

Sepanjang tingkatan 5, setiap dari kawan-kawan kakak kebanyakan mereka semua cemerlang. Cikgu suka, cikgu sayang dan jadi harapan cikgu. Kakak nie? Angkat tangan nak tanya soalan pun cikgu pandang tak pandang je. Sedih sgt..sob sob..

Mereka semua ada arah tuju yang dah dirancang lepas SPM, hanya kakak saja masih mencari arah. Apa aku nak jadi? Apa aku nak buat? Apa nasib aku nanti? Soalan-soalan tue memang pernah terlintas dalam fikiran waktu sebelum SPM dulu. Tapi cuma macam angin lalu sj..seronok bermain plus berlara tue lebih dari semua fikiran yang berat-berat nie. Who cares? Lambat lagi kot. Enjoy the moment first. Dapat result fikir lain.

Kakak technical student..Budak sekolah teknik. Subjek yang paling tidak disukai fizik, kimia dan lukisan kejuruteraan. Sebelum SPM, memang kakak dah tekad kakak tak akan ambil lagi subjek2 mengarut nie. Memang kakak cadang nak ambik mass com lepas tue jadi wartawan. Hahaha..sebab rasanya mass com nie macam senang je compare dengan technical course nie.

So masa pegang slip keputusan SPM, kakak masih blur..apa aku nak buat nie dengan result yang macam nie?
Hanya 2A, dan 3 lagi cuma kredit, 3 lagi tak kredit ( fizik, kimia and add math) dan satu gagal (LK).. (ini secret tau) hahaha..teruk sangat kot result nie..sedih? of course la..tapi bak kata mak kakak..
"apa yang kita dapat, itulah usaha kita."
betul..apa yang kita dapat tue la usaha kita. Kakak tak berusaha, kakak banyak main, kakak tak serius belajar. Dengan result macam nie, dapat ke sambung belajar?
Abang kakak cakap.."result teruk macam nie mak bagi kawen ja dia nie. Tapi ada ke orang nak?" Huwaaa!!!

So berbekalkan keazaman yang tinggi..kakak pun try apply politeknik, waktu kakak dulu kolej komuniti tak ada lagi..U, matrik memang tak apply sebab tau tak layak. So apply politeknik, memang course yang kakak pilih perdagangan, setiausaha dan pilihan terakhir sijil kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Alhamdulillah..dapat politeknik. Allah bagi peluang untuk kakak belajar lagi. Cuma yang tak bestnya kakak dapat Sijil Kejuruteraan Elektrik Elektronik. Dalam banyak-banyak plihan yang kakak apply, kenapala kakak tercampak dalam course nie? Sebabkan hanya tue ja peluang yang ada masa tue, nak sambung private college family tak mampu..so kakak pun masuk politeknik.

Dan sebenarnya masa belajar sijil dulu pun kakak masih dalam mode bermain. Tak serius belajar dan tak pernah fikir masa depan. Result exam? Bolehlah cukup-cukup makan. Habis saja sijil, kakak try apply integrasi which is diploma selama setahun di politeknik untuk budak-budak sijil lepasan politeknik jugak. Tapi syarat untuk masuk integrasi haruslah pointer 3.5 dan ke atas. Result kakak time tue? cgpa hanya 3.20.. terukkan?

So, sementara kakak tunggu dapat masuk integrasi kakak pun kerja dulu. Dulu konon-kononnya percaya dengan sijil kejuruteraan tue kakak mampu jadi sekurang-kurang juruteknik. Tapi rupa-rupanya keadaan tak semudah yang di sangkakan..Kakak dapat kerja, as operator kilang. Mula-mula minta sebagai technician tapi tak ada kekosongan so kakak kerja sebagai operator. Dan time tue kakak sedar..hidup nie tak mudah..kerja sebagai operator dengan gaji hanya RM350 betul-betul bukak mata kakak. Tengok kesempitan hidup rakan-rakan sekerja lain buat kakak terfikir. Nasib kakak akan jadi macam nie ke nanti?

Dan boleh di katakan keinsafan mula muncul lepas tue. Kakak dah tekad kalau kakak dapat sambung integrasi memang kakak akan study betul-betul, tak nak main-main dah. Time tue baru terfikir perasaan mak abah kakak. Kesian mereka. Bersusah payah untuk kakak tapi kakak tak pernah nak gembirakan hati mereka.

Alhamdulillah, kakak cuma tunggu 6 bulan je untuk sambung integrasi dan dapat sambung Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik. Kan kakak dan janji nak belajar sungguh-sungguh. Kakak grad diploma dengan CPGA 3.71..alhamdulillah..

so, dapat sambung lagi..buat degree in Electronic Engineering jugak..bidang yang satu masa dulu bukan satu bidang pilihan..Kena sangat dengan ayat Allah..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Waktu degree memang kakak struggle sebab bila masuk U system pembelajaran agak berbeza dengan politeknik. Memang struggle. Mana dengan belajar 100% note in english except kelas bahasa melayu dan arab. :) Mana dengan nak compete dengan student matrik yang kebanyak straight A dan banyak A tue kan..Mana dengan lecturer yang susah nak dapat tips, mana dengan kahwin time final year..tettt! hahaha..thats another story...kita bukak post lain nanti.. tapi alhamdulillah kakak berjaya harungi zaman universiti dengan baik. Finally kakak berjaya dapat degree..

Apa kerja kakak sekarang? Alhamdulillah I'm Engineer now dan dalam planning untuk sambung master..masih berfikir-fikir untuk sambung course apa..doakan saya :)


Well, it's not the easy journey that I am went through..but I always believes success will come to whoever strives for it..

Percayalah..adik-adik..walaupun kita tak berjaya dalam SPM, believe me kita tak mungkin gagal untuk masa depan jika kita terus berusaha sebab Allah tak akan menghampakan hamba-hambaNya yang berusaha? kan..
Don't let defeat to beat you but beat the defeat to make you success.. Kejayaan tak datang bergolek tapi kita harus usaha walaupun jalan yang bakal kita lalui itu merupakan jalan yang panjang. Kita boleh merancang but Allah yang akan menentukan (ayat cliche kan) but that is the true.. Just put our trust to Him. After all, He is the best planner :)

Apa yang kakak ceritakan is a part of my life journey bukan untuk membangga diri cuma diharap dapat memberi sedikit inspirasi.. :)



p.s May Allah bless..



4 comments:

Siti Hajar said...

wan aku bangga dengan ang! :)
-jatt smtbp-
jattbidin.blogspot.com

farah fazrin said...

jatt..

tq :)

Unknown said...

as salam kak , di saat saya baca blog akak ni , saya dalam dilema sebenarnya .. hihi .. saya mendpt kputusn yg agk cemerlg dlm spm ,, 8a 1 c .. alhamdulillah .. so sekrg ni hati saya berbelah bahagi sama ada ingin pergi ke kolej profesional mara ataupun masuk ke tingkatan 6 .. saya keliru kerana klau saya pergi ke kpm,saya ambil diploma akaun selama 3 thun , tidakkah terlalu lama ? berbanding stpm yg hanya mengmbil masa selama setahun stgh shaja .. saya keliru .. harap akak dpt membntu .. terima kasih

Unknown said...

wah kes akk sama cam sya cuma taun nie sya ambil spm..lpas baca blog akk trus rasa smgat nak blajar..rupanya susah jugakk klu kita x blajar sungguh2..btw thanks akk sbb share pngalaman akk ...