"Eh, kenapa kau pakai inner ninja tue? Kau kan pakai bawal je?" tanya seorang sahabat.
Sambil tangan ligat membetulkan tudung dihadapan cermin dia menjawab,
"Bawal nie agak jarang, nanti nampak leher."
"Kau pakai handsock? Kan dah panjang tangan baju kau tue?" tanya sahabat itu lagi.
Sambil menyarungkan sarung lengan di lengannya, dia menjawab,
"Tangan panjang pun tak da kancing hujung dia, nanti takut ternampak lengan secara tak sengaja"
"Pakai stokin pulak..?kan ke kau pakai loafers tue..tak nampak dah jari-jari kaki tue" sahabat itu bertanya lagi.
"Aurat kita meliputi keseluruhan kaki, bukan setakat tutup jari kaki." sambil duduk menyarungkan sarung kakinya di tangga rumah dia menjawab.
Tanya sahabat lagi, "Kau tak rasa leceh ke tiap kali nak keluar kena buat semua benda-benda nie. Lagipun kita nak ke kedai depan nie je"
"Aku lagi rasa leceh kalau nanti kat padang masyar aku kena hisab dengan dosa-dosa yang patut aku boleh elak waktu kat dunia" lantas dia bangun dan bergerak menuju ke kedai di hadapan rumah mereka.
copy pic from pakcik google
Allah dah mensyariatkan cara untuk kita. Kenapa tak nak dapat redha Allah? :)
I am imperfect, I just wanna change for a better.
p.s May Allah bless~~