Monday, May 6, 2013

Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Jahiliyah.

Assalamualaikum

Pelajaran agama islam pada hari ini:

Ciri-ciri masyarakat zaman jahiliyah..


1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak - Berjudi bukan satu kesalahan, minum arak satu kemestian, zina satu amalam.
2. Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Perumpamaannya seperti orang yang tanpa rasa ragu2 buang bayi di sungai-sungai, si tepi masjid, dalam longgokan sampah dari atas rumah pangsa dan lain2 lagi..
3. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. - Perumpamaan nya seperti pinjam sepuluh ringgit bayarnya seratus.
4. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian- Perumpamaannya seperti keluarkan senjata tajam di seven eleven dah mintak cashier keluarkan duit tanpa rasa bersalah.
5. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada. Perumpamaan nya hang miskin, hang tak mampu bawak beg LV, aku kaya so mmg wajar aku bawak beg LV, Coach, Fendi..in term of handbeg side..
6. Empat agama zaman jahiliah, agama wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung. Tak tau nak bagi perumpamaan..Tengok sekeliling.
7. Mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing Perumpamaannya again, tengok sekeliling.

Kesan daripada sistem kabilah:


Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Fikir-fikirkan..
Sekian

kredit: http://pencariansebenarnya.blogspot.com/2012/03/ciri-ciri-zaman-jahiliah-dan-contoh.html

p.s May Allah bless~

No comments: