assalamualaikum.. :)
with a huge smile in a blessing sunday morning.. :D wink!
last friday, Intel GPEO-M ada buat dinner di Kulim Golf Club and this is my first time I attend Intel punya dinner since I started to join this company early of august this year.
yup..memang happening sangat..semua bergaya bukan main..maklumla once a year..memang x salah kan kalau nak bergaya. Cumanya, instead of nak bergaya kadang2 kita terlupa perkara yang 'boleh' dan x 'boleh' kita lakukan semasa bergaya..
hmm..sungguh sy pun bukan baik sgt..jauh sekali pandai dlm soal agama..tak..sy pun masih dlm learning curve mengenal agama sendiri..memperkasakan diri dgn pengetahuan yang sket nie..cuma bila perkara yg sy tau dan sy tgk masih ramai yang tak tau..tergerak hati nk share sket..wahhh..panjang mukadimah nmpk..hehe
perkara yg paling obvious is make-up. yup, no doubt...semua pompuan suka akan benda yg cantik..dan suka nampak cantik..so do I..tp sentiasa kena beringat nk buat apa-apa kena moderate..nk berfesyen..sure boleh..xsalah..tp moderate la..jgn smpai pakai seluar ketat, baju singkat, tudung sanggul tinggi..(peringatan untuk diri sendiri jugak! :D) itu bukan moderate tp over extreme..nak bermake up xsalah..tapi untuk tujuan apa? menunjuk2? nak menarik perhatian opposite gender? itu yang salah (masih dlm peringatan untuk diri sendiri!) moderate la..kalau dah smpai berbulu mata palsu 3 4 lapis..kan dah jatuh hukum lain tue..
sy dl..waktu kawen pakai bulu mata palsu 3 4 lapis..masyaAllah berat sungguh mata waktu 2..tp sungguh sy khilaf..sy tak tau hukum pakai bulu mata palsu..jgn kan waktu kahwin..baru-baru nie..kenduri my cousin..dia make up..sy pun nak menyibuk jugak make up..di letakkan sy bulu mata palsu..sungguh time 2 sy tak tau hukum pakai bulu mata palsu..sampai sy terdengar tanyala ustaz baru-baru nie yang cakap memakai bulu mata palsu HARAM hukumnya. seumpama mengubah kejadian Allah..time 2..sungguh sy rs sgt berdosa..menyesal dgn tindakan smbil lewa sy..x mementingkan hukum Allah..
dan sekarang..bila sy tgk kesalahan2 yg berlaku di depan sy..sy jadi kelu untuk menegur..takut teguran sy di salah ertikan..may be dengan medium nie..membolehkan sy untuk berkongsi sket ilmu yg saya tau..jgn salah fhm ye..sy jugak masih dlm peringkat belajar..so sama2 la kita belajar..yg baik kita ikut..yg tak kita tinggal..sama2 kita mendapat manfaat..
jgn marah sy ya wahai kaum2 wanita..anda sentiasa cantik..cuma nak interpret kecantikan kita yang bagaimana terpulang pada diri..selagi tidak melampaui syariat..semua OKEY! :) wink!
sedikit carian dari pakcik google:
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934]
Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.
Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.
Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
terima kasih pakcik google.. :)
1 comment:
kalau tak ada sebab2 yang dibenarkan tak payah le kan
Post a Comment