Monday, October 18, 2010

Jangan Contohi Kisah Ini..

Salam readers, :)

hmm..mcm mana nk start crita..

td sy bawak tok n mak ke klinik memandangkan tok pnya ubat mata dah abis..since tmpt tue agak sesak dan sukar untuk dptkan tmpt parking..sy pon just dropped mak n tok sementara nk carik parking..dan setelah hampir dua kali tawaf bangunan tue akhirnya jmpa la parking lot kosong yg dah diisi oleh motor2 yg ramai disitu..

dan disebabkan keadaan kereta agak menghalang laluan..so sy just duduk dlm kereta sementara tunggu mak dan tok kluar..dan kebetulannya kereta saya park btl2 dpn kedai magnum 4D..

mulanya sy mmg x amik pusing dgn keadaan dlm kedai 2..ya la..bukan bwk manfaat apa pon kan..dan tetiba mata nie ternampak 'seseorg' yang mendatangkan syak di ati nie..wahhh...ayat :P n sy tenung la..tenung dan tenung..sy merasakan yg seseorang itu ialah pakcik yg beragama islam..

tp memandangkan sy sentiasa mengingati perkataan dr harsa supaya berbaik sangka dgn org lain..sy pon dgn baik sangkanya beranggapan yg pakcik tue tgh wat keja kot..memandangkan dia sket pnya smart..dgn kemaja n slack mcm org keja opis ja..xkan la nk gamble tgh2 ari terik pulakkan..mn la tau..pakcik tue org tm kan..nk p repair streamyx ke..org tnb ke nk p pasang lampu..mana la tau..

dari mula2 dia tgh menulis apa bnda ntah kt tepi meja kt sebelah kaunter sehinggala dia ke kaunter tue berurusan dgn org yg duk tggu kaunter tue..sy ttp tgk..dlm ati nie arap2 la mmg btl dia wat keja..then settled ja keja apa bnda tue..dia pon kluar..dan tiba2..

"assalamualaikum!.."

pakcik nie disapa oleh kawan dia kott...

"waalaikumsalam.."

"dari mana?" tnya kawan pakcik tue..

"nie ha!" smbil tgn menunjuk ke arah kedai magnum 4D tue

"ish..ish..ish..hang nie..tak berubah2 jugak no"

"hahaha..saja la..teka p la..kot menang..kaya aku" tanpa rasa malu dan bersalah pakcik tue menjawab..

perbualan seterusnya..malas saya nk amik port...hilang baik sangka sy terhadap beliau..eiii...klu sy nie jahat..nk ja sy snap gmbar pakcik nie..papar kat blog nie..biar seluruh malaysia kenal pakcik nie...tp bila kenang balik..hmm..tak gamak rasanya nk bukak aib dia..nnti buatnya yg membaca rupanya anak dia or sanak sedara dia..x ke menjadi buah mulut org..cukupla sekadar sy yg tgk dan menjadi pengajaran buat mereka yg lain..

igtla...JUDI ITU HARAM..

Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.

(Surah Al-Baqarah: 219)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain:

Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.

(Surah Al-Ma’idah: 91)

Ketiga-tiga ayat di atas menyebutkan beberapa kebiasaan buruk yang berkembang pada masa jahiliyah iaitu khamar (arak), al-maisir (judi), ansab (berkorban untuk berhala), dan azlam (mengundi nasib dengan menggunakan panah). Berdasarkan ayat-ayat di atas juga Allah Subhanahu wa Ta‘ala menjelaskan bahawa khamar dan al-maisir mengandungi dosa besar dan juga mempunyai beberapa manfaat, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya. Dosa daripada al-maisir itu menggambarkan akibat-akibat buruk yang timbul daripadanya.

p.s semoga pakcik itu insafla hendaknya..dan jauhila kita dari mendekati perkara yg dilarangNya..amin..

4 comments:

E K A said...

isk isk teruknya.dah tua2 pun bt pangai camtu.masalahnya...duit tu bg ank bini mkn tak.tak leh beza ke halal dgn tak halal

farah fazrin said...

tue la yg wan sedih sgt eka..naik keta mewah tp gamak tikam no ekor..

deqlis said...

ishh3x...sian pakcik tu jahil kot??

anita_hanapiah said...

wan agaknya dia kaya dgn duit judi kot...jahil betol la