Thursday, December 6, 2012

NOVEL: Perempuan Lindungan Kaabah

Assalamualaikum..

Saya baru beli novel last week. Perempual Lindungan Kaabah tajuk dia. Jom baca sinopsis kat bawah. I'm not a good interpreter. Takut nanti saya interpret terus buku nie jadi tak best pulak. :P




PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Okey la sedikit review dari saya..Well, sebagai novel melayu pada pendapat saya cerita nie agak cliche. Sebab? Hanan seorang gadis yg banyak terhutang budi dengan orang yang menjaga dia dari kecik terpaksa menerima anak lelaki penjaga dia sebab nak balas budi. Well, biasala kawen paksa, mula2 tak suka, menghina pasangan bagai tapi at the end jatuh cinta dan kekasih jealous sebab kena tinggal mula la buat plan jahat nak runtuhkan rumah tangga pasangan nie..bagi sy cliche la sbb kebanyakkan novel melayu mmg macam nie..kann..
BUT...
Even ceritanya cliche..ada sy kisah? Apa yang penting bg sy message yang nak disampaikan oleh penulis tue pada kita..and saya rasa buku nie full with reminder and message. Even with arrangement marriage where they married without love at the beginning, but at the end the sweetness of the story come after they fall in love during their marriage. Paling terkesan di hati saya waktu Hanan terpaksa membuat pilihan antara Alex dan Fareez. Tersepit diantara rasa kasih yang dia rasa tak pasti pada Alex dan terhutang budi kepada ibu Fareez. Mana satu pilihan dia.
Melalui novel nie, saya belajar banyak perkara..
Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik. 
Istikhlas..apa tue istikhlas? maksudnya pura-pura ikhlas :) dengan niat mengharap redha Allah. Ikhlas nie kita sendiri tak tau kita ikhlas ke tak. Even malaikat pun tak tau. Yang tau hanya Allah SWT. So kalau kita rasa kita kurang ikhlas dalam berbuat sesuatu, maka belajar la istikhlas..sekurang2nya kita hipokrit untuk mengharap keredhaan Allah..
Solat tahajud. Lepas baca buku nie, saya rasa teringin sangat nak buat solat tahajud. Memang mula2 kita rasa susah. Dah sedap2 tido, suddenly nak bangun..mesti sygkan katil lagi kan..tp cara penulis sampaikan seronoknya solat tahajud..saya rasa teringin sgt nak bangun buat solat tahajud..nk dapatkan ketenangan yang mcm dia bagitau. 
Dan macam2 lagi la yg sy belajar. Well sapa cakap novel yang cliche macam nie tak best. For me, this novel definitely tersangat best. Alhamdulillah banyak pahala penulis tue dapat :) good job Hana Ilhami! May Allah bless you.

p.s Selain dari Hana Ilhami nie, sy suka jugak baca karya Hlovate! oh..dakwah dia so santai and tak berat nak learn and bear in mind. So, sapa2 yang tercari2 novel2 dakwah macam nie..boley dapatkan di pasaran ok :)
May Allah bless..

Sunday, November 4, 2012

Betapa beruntungnya kami..

Assalamualaikum..

jom kita berqasidah ya hanana yang bermaksud betapa beruntungnya kami..

first time dgr, to be honest..biasa2 sj..tak ada perasaan teruja..just teruja tgk budak2 nie so excited menyanyi..

2nd time dgr, tiba2 terasa syahdunya..mula bukak youtube, search ya hanana..- tenangnya dengar..masyaAllah..

3rd time dgr, kenapa rasa sebak nie?? pelik? tak jemu2 dgr..

4th time dgr, dh boley hafal sikit..mula google maksud..sbb kebnykkan VC dlm youtube..tak ada lirik..teringin nak tau maksud..knp hati sy boley jadi sesebak nie bl dgr..

5th time dgr, jmpa lirik..alhamdullillah..lagi hati bertambah sayu..rupanya bercerita pasal rasulullah SAW..masyaAllah..betapa beruntungnya kami..

jom kita sama2 berqasidah Ya Hanana..



YaHanana

Zhoharoddinul mu'ayyad bizuhurin Nabi Ahmad... 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah...
Yahanana... 8x

Khusso bissab'il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma'aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa 'alaihi anzalallah

Yahanana..

Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi 'alaa kullil anam

Yahanana...

Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa 'iru walhamdulillah

Yahanana...

Shollu 'ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu 'alaihi wasallimmu
Yasy fa' lana yaumazziham

Yahanana... 

==============================

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab'ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami


thanks to kakiku suka berjalan for the lyrics n translation..

ps..kadang2 kita sering terlupa betapa kita beruntung mempunyai Rasulullah (rasul kesayangan Allah). Semoga kita mampu beroleh syafaat baginda di hari kebangkitan nnti..amin..may Allah bless..

Sunday, October 14, 2012

Muara Hati

Assalamualaikum..

Jom layan lagu nie.. :)
Penangan Adam & Hawa.. 






May Allah bless..

Tuesday, October 9, 2012

Remember Allah..

Assalamualaikum..



2:152


Sahih International
So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me [2:152]



P.s Be grateful..Be thankful..May Allah bless..

Sunday, October 7, 2012

The Quotes



Assalamualaikum..

Friends,

Just wanna share some quotes from How I met your mother. This TV series, it is not only hilarious but somehow there are many things we can learn from their story.

This is my favorite: 

The future is scary, but you just can’t run back to the past because it’s familiar. It might be tempting, but it’s a mistake” -Robin How I met your mother.

Some more:

When you meet the right person, you know it. You can’t stop thinking about them. They are your best friend, and your soulmate. You can’t wait to spend the rest of your life with them. No one and nothing else can compare.

The great moments of your life won’t necessarily be the things you do. They’ll also be the things that happen to you. Now, I’m not saying you can’t take action to affect the outcome of your life. You have to take action. And you will! But never forget, that on any day, you could step out the front door, and your whole life could change forever.

one thing for sure,

We don't watch TV series or movie or TV shows only to have entertainment. We also can take as much as good things to be a lesson. Just like one of my friend said, he don't watch star wars because of the movie itself.  He also watch because he can learn something from that movie. Like what master Yoda in that film said,  do or do not, there is no try.~~

source: Pakcik Google

So friends, lets enjoy the quotes.


p.s Apologize for my grammatical error.Well I'm still learning. May Allah bless.. :)

Wednesday, September 26, 2012

Happy Birthday!

Assalamualaikum..


I just turned to 28 years old on a few days before. Alhamdullillah.. Dah besar rupanya saya.. :D
I feel blest..with all accomplishment and all good things happen to me and my journey along this age..I feel so blest..

For me, age is only is a number that increasing from year to year. But how we drive our life throughout this number is the most important thing. Once again..alhamdulillah, I have a very good hubby, a wonderful family, an extraordinary 'kawan biasa' and a nice and kind friends includes my blogger friends of course :D

I don't need an extravaganza gifts but I will not refuse if someone would like to give me.hahaha..gila nak tolak hadiah best2.. :P tapi if someone ask me, what I want for my birthday gift..i don't want anything else, just doakan kebahagiaan kami husband and wife..supaya kami dapat apa yang paling kami nak along our marriage. saya tak nak apa2 lagi..as long as your doa..already enough for me..



p.s dah dekat 30 tahun rupanya..kalau bundarkan dah 30 nie..aishhhh...

Thursday, August 30, 2012

Because Allah knows the best..

Assalamualaikum..

I believe Allah has a better plan for every one of us. That is because He knows what the best for His slave. Kita sebagai hambanya tak boleh terus mengalah dan putus asa. What we need to do is keep trying, praying, and tawakkal because

Allah burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned. "Our Lord! Punish us not if we forget or fall into error, our Lord! Lay not on us a burden like that which You did lay on those before us (Jews and Christians); our Lord! Put not on us a burden greater than we have strength to bear. Pardon us and grant us Forgiveness. Have mercy on us. You are our Maula (Patron, Suppor-ter and Protector, etc.) and give us victory over the disbelieving people." -surah Al-Baqarah 286

Allah tak akan membebani hambaNya di luar kemampuannya. Berusahalah untuk mengatasi. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi penyayang.

Sedih?

yes..of course..but I know Allah knows the best for me..for us..i just need not to give up. We can't give up..
Oh Allah! why I am so emotional right now..la tahzan farah..la tahzan..

p.s teringat kata2 seseorang, bagi ada jugak sorang sebelum masuk tahun kelima.. bagi ada sorg??kalau kuasa di tangan sy..bukan sorg..sepuluh sy boleh bg..tapi ini bukan kerja saya..bukan kerja suami sy..ini kerja Allah.. tapi kata2 tak terluah sebab menghormati seseorang yang wajar sy hormati. maka sy mengambil tindakan mendiamkan diri dan terus tersenyum..


shut the system down!

Thursday, July 5, 2012

Perkahwinan Irma & Redza Shah

Assalamualaikum..
Nak wish..
Selamat Pengantin Baru Irma hasmie&Redza Shah..

Saya touching..serius sy touching..tak pernah sy menitik air mata tgk wedding org nak nak pulak wedding artis melainkan wedding sendiri..tp irma hasmie..its touched my heart..hukhuk..

bila kita meletakkan cinta Allah lebih dari segala2nya..pasti Allah akan melorongkan kebahagiaan kita ke jalan yang diredhaiNya.. :)

 Sweet kan mereka??


Aduhai...sweet kot...kenapala anda nie sweet sgt irma...boley kena diabetes lama2 dukt tenung mereka berdua nie..dan2 rs nak ajak En Azrin tgkp gmbr kawen lagi sekali...hehehe

Okeyla..layan video kawen dorg k..kepada yg tak tgk lagi n jenis2 feeling nie mcm sy nie..sila sedia tisu siap2.. :P




Barakallahulakuma Wa baraka Alaikuma Waljamaah bai lakuma fil khair
Mabruk ya Irma hasmie n Redza Shah..semoga perkahwinan mereka till to Jannah. And harap   perkahwinan sy dan encik azrin jugak sampai ke Jannah..Aminn..

p.s Salam Nisfu Syaaban semua! barakallah..

Sunday, June 10, 2012

journey to Australia..first day

Assalamualaikum friends..

Alhamdullillah..berjaya jugak sy merajinkan diri untuk menulis entry untuk ari nie :)

okey..sj nak share sket my experience during holiday di Perth last month..

Masya-Allah..I can say that Perth is a very beautiful state, place. Enviroment, wheather, facalities even people are very beautiful. Tapi bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan.. :)

Actually kami ke sana because my dear sister and her family live there. So apart of visiting her, we grab the opportunity to holiday. Nak cakap honeymoon xboley sbb perginya ramai..wink!!

Btw, waktu saya dan En Azrin pergi hari tue, tgh Autumn..so dpt la merasa cuaca yang fresh. Bak kata abang Zam, Autumn season ialah waktu pokok-pokok tido :) pagi-pagi tersangat la sejuk..the temperature night - morning around 8-10 degree celcius, while day the temperature is araound 20-24 degree celcius. But still sejuk lagi. Sejuk pada cameron highland, sejuk pada genting highland lagi. Okey la 2, untuk orang yg mcm sy yang tak pernah rasa cuaca sejuk kannn :)

First day, kakak bawak kami berjalan-jalan ke Sorrento Quay dan King park. Memang tersangatla cantik tempat tue..sangat-sangat..



here Sorrento Quay..
hmm..Sorrento Quay nie macam kalau di Langkawi ala-ala pantai tengah la..tmpt park yacth banyak-banyak..tempat orang lepak-lepak makan fish &chip, 


my lovely kakak


what a beautiful place, masya-Allah..

En Azrin dan Pn Farah

another piece of us..



 mama dan adik tomeyy..

 
one of my fav picture.. my one and only..encik azrin :)
okeyla...cukup entry untuk first day dulu ye..insyaAllah ada kelapangan akan sy storykan lagi our journey to perth nie..
may Allah bless~~


Tuesday, May 22, 2012

vacation

Assalamualaikum..

tempek satu gambar kat sini..one of my fav pic.. :)


Thursday, May 17, 2012

perth~

Assalam..

friends..guess where I am??

yes..correct! I am in.............



PERTH now!! 

and of course with my mr Azrin..

first time jejak aussie..thats why la over excited..btw..PERTH is so beautiful and peaceful..the enviroment, whether, people and of course the view. later on la sy update the pics ok..


may Allah bless~~






Friday, April 13, 2012

Book: 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk wanita solehah

Assalamualaikum wbt.. :)


friends,


first of all, dont ask me why i'm keep updating my blog..biasanya sebulan sekali satu entry pn payah kan.. :D

its nothing..i just feel like 'rajin' to update my blog and just wanna share sket ilmu yg sy dpt from a BOOK..

ya..ya....i know..i'm novel addicted..tp..sy baca buku motivasi jugak tau.. :P


because..i realized,

the more we learn, the more we less..

because ilmu tak akan penah habis walaupun kita jenuh teroka smpai kerak bumi mcm filem Journey to the center of the earth..tettt!! perumpamaan bukan main lagi kan..

thanks pakcik google




111 Wasiat Rasulullah SAW untuk wanita solehah


maaf saya xsmpt ambil gmbr dari buku sy..actually buku sy kulit warna kuning but dont worry, same contains and same penulis..


the authors:DRS KAMSURI SELAMAT & MOHD HASNAWI


mmg ikutkan hati sy nak je kongsi dengan rakan2 muslimah semua 111 wasiat Rasulullah SAW untuk kita muslimah di entry nie..tp panjang sgt..so sy hanya amik beberapa dari Rasulullah SAW yg ada dlm buku nie utk perkongsian kita bersama..


dalam buku nie, ada beberapa wasiat Rasulullah untuk muslimah yg bergelar ISTERI..


1. Taat kepada suami.


Sabda rasulullah SAW: "Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suami seluruhnya. Dan jika suami memerlukanya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada dalam kenderaan, maka tidak boleh dia menolaknya"


hadis riwayat Thabrani


Maksudnya kat sini, dalam pemahaman sy la ya..kalau salah harap dapat dibetulkan..


Dalam erti kata lain,dengan mentaati suami, ganjaran yang di janjikan Allah adalah syurga.


"Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga"


hadis riwayat tarmizi dan abu majah


2.Selalu menyenangkan hati suami
Sabda Rasulullah SAW


"Sukakah kamu, aku ceritakan bakal isterimu disyurga? Para sahabat menjawab, "Tentulah sahaja kami suka" Maka Rasulullah SAW bersabda "iaitu kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, "inilah tanganku terserah padamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela padaku"
hadis riwayat thabrani

apa yang sy paham ialah..


seorang isteri yang solehah tidak akan menyusahkan suaminya, sentiasa berusaha menyenangkan hati suaminya dan membantu menolong suaminya menyelesaikan masalah suaminya..


betullah kata orang dulu2..


disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita


pentingnya seorang wanita dalam kehidupan lelaki sbb kita wanita adalah tulung rusuk mereka.Jika bengkok mereka, maka bengkoklah kita..dan jika lurusnya kita juga adalah kerana mereka.. :)

okeylah..saya share dua wasiat dulu k..insyaAllah kalau saya ada kelapangan sy akan share lagi..sbb memang..dlm buku nie banyak wasiat rasulullah yang muslimah perlu baca..untuk menjadi calon bidadari syurga.. :)




p.s syurga isteri ditelapak kaki suaminya..


have a very good night.. :)


n may Allah bless

Wednesday, April 11, 2012

Book:Biografi Agung Rasulullah SAW

Assalamualaikum Friends, :)



Sebelum start nak tulis entry, izinkan sy mengucapkan takziah utk saudara2 kita di Acheh atas musibah yang jadi petang td. Gempa bumi kuat 8.9 skala richter mmg menakutkan. Bayangkan gempa bumi tue mampu membuat kita turut terasa kesannya even kita jauh beribu2 batu dari tmpt kejadian. Bayangkan mereka yang betul2 di sana. Dengan kesan trauma yang jadi ketika taun 2004 masih kuat dlm ingatan, musibah nie mampu bagi kesan yg dalam buat mereka..

takziah warga acheh!


ok back to main topic. actually saya nak promote buku nie :D






BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW, karya Rusydi Ramli Al-Jauhari. Penting untuk diingatkan yang Rusydi Ramli Al Jauhari bukan anak Norlia Ghani tue tau :)


sebagai orang islam yang mencintai rasulnya, memang bagi sy, wajib untuk kita miliki buku nie. Seriously, buku nie must read. Sesuai dengan pengedar buku nie Mustread sdn bhd :D

memang kita wajib baca, sebab contain dlm buku nie, masyaAllah membuatkan kita lebih mengenali rasulullah. Cara nya, sifat&sikapnya, pendiriannya, keperibadian dan segalanya tentang rasulullah. Pedang yang baginda gunakan waktu berperang, pakaian yang digunakan rasulullah semasa hidup, rumah baginda, sahabat-sahabat baginda, putera-puteri baginda, isteri-isteri baginda dan lain-lain lagi.


dan yang menariknya tentang buku nie ialah, buku nie disertakan dgn ilustrasi. gambar-gambar yg menarik, penggunaan warnanya memang buat kita rasa seronok nak bc. Even kanak2 pun bagi sy akan tertarik untuk baca dan mengenali rasulullah.




inside the book :)


p.s penting bagi kita umat rasulullah untuk mengenali dan mencintai rasulullah supaya di padang masyar kelak kita mampu mendapat syafaat dari baginda..


pilihan di tangan anda..may Allah bless :)

Tuesday, April 10, 2012

J.I.R.A.N

Assalamualaikum..


Yes..I know..it's been a long time since last I've update this blog. Feel like chipsmore. sekejap ada sekejap tak ada..kesian blog nie kan..owner pun malas nak take care..
somehow i feel like, just wanna stop blogging. delete this blog and just visit other blogs.
But, saya sayang blog nie..hukhuk..bukan sebulan dua sy bersama dengan blog. it almost 4 years..
sekejap je kan..

okey..cukuplah mukadimah setakat tue..nanti bila sy dah start mula bukak hikayat..mmg sure la xabis..because i love memories..either happy or painful..i just love memories..


sekarang, back to main topic..
kawan-kawan..sila tengok gambar di bawah..







sebenarnya tue bukan tong sampah rumah sy tau..itu jiran sy punya..sesuka hati ja mereka meletakkan barang buangan ke depan rumah sy..and actually nie bukan kali pertama..before, mereka nie dengan tanpa ragu meletakkan kotak2 yg terpakai dpn rumah sy, tak pun paper2 yg tak guna, atau apa sj barang yang xlg mereka gunakan di depan rumah sy..kalau tak yg tua2 letak barang tak pakai dpn umah sy, anak2 dgn tak bersalahnya baling kulit ais krim, kulit coklat terus kedlm ruang rumah sy.. (cuba kawan2 bygkan mcm mana sy tak marah)

sy tau la..sy dan en azrin nie jarang ada kt rumah..pagi keluar, ptg baru balik.nak pulak tinggal berdua je..tp it doesnt mean rumah tue jadi tmpt perlupusan sampah..

tadi sampai2 je dpn rumah..sy dh tgk bnda alah nie tercongok dpn rumah..ya Allah marahnya rasa..kita nie dah la penat..baru balik kerja..please la bertimbang rasa sket..anda nie tak ada moral la..agak2 la..

dl, en azrin penah sound jugak mereka nie. Time tue mereka nie tanpa rasa ragu, baling nasik2 yang tak abis untuk bg burung merpati makan btl2 depan rumah kami. Memang tak dinafikan niat mereka sgtlah murni. Memberi makan kepada hidupan lain..tp depan rumah kami? takkan kotttt....balik-balik je petang tue dari kerja, tgk putih2 penuh depan rumah.



Dengan berhemahnya en azrin tegur
"auntie, kenapa you bagi makan burung depan rumah I?"
jiran tue tanpa rasa bersalah dia jawab
"adik, nanti kalau bagi depan rumah kami, rumah kami kotor" toink!! kalau sy ada power supply 48V time 2 mmg sy power on ja kepala manusia yg jawab 2..bg dia clear sket ngn statement dia..
bnyk lawa! dpn rumah dia nak kotor xnak, kotorkan dpn rumah org xapa pulak..

kadang2 sy cakap jugakla kat en Azrin..jgn tegur lebih2 sgt..sbb kami tinggal berdua je.tkt nnti bergaduh susah pulak. sebab en Azrin nie pn kalau dia dh angin..menakutkan jugak la.. :P

tp..kesabaran sy semakin menipis..agaknya lagi nipis dari kulit bawang..tolong la..
macam mana nk sound mereka yg tak phm bahasa dlm nada2 yg berhemah..sy takut en Azrin xnaik angin, sy yg naik antu..astagfirullah..

Wednesday, February 22, 2012

Sunday, February 19, 2012

My Girlfriend is a gumiho..

Assalamualaikum.. :)

just wanna let know that I am so so so so sooooo addicted to this drama..
the cute Mi ho and Dae Woong..








special thanks to En Azrin for downloaded this 16 episodes drama for me. :)

Wasiat Terakhir Rasulullah SAW kepada Ali RA..

Assalamualaikum..

Salah satu dari wasiat Rasulullah SAW kepada menantunya Ali RA..




Rujukan: Dari buku Biografi Agung Rasulullah SAW karya Rusydi Ramli Al- Jauhari.

Saturday, February 18, 2012

Resepi: Home Made Chicken Chop.

Assalamualaikum..

sebenarnya last week saya masak chicken chop nie..tp memandangkan saya tak begitu rajin untuk mengupdate..so sy terpaksa tunggu hari yang benar2 rajin seperti sekarang..wink!!

okeylah..sebenarnya saya hanya tukang masak amatur..tp sj2 nk share resepi..yg berminat nk cuba..jemput la cuba..yg tak berminat..tak apa..sudi tgk gmbr nie pun da okey! :)




hehe..tak cantik sgt kan..tp rasa insyaAllah boleh tahan..sedap En Azrin sgt suka akan ayam..so saya mmg bnyk masak masakan yg berasaskan ayam..and this is one of his fav la..yg selalu dia mintak tp jarang saya buatkan.. (maafkan sy en Azrin)


okey..mari kawan-kawan..kita start dengan bahan2 terlebih dahulu..


bahan-bahan.

a) untuk ayam

1. ayam, sy suka bahagian drumstick..
2. corn flake (di blend halus tp jgn halus sgt..agak2 boley tersalut)
3. telur (sebiji kalau nak salut dua ketul ayam)

b. untuk mesh potato

1. ubi kentang (saya guna 4 ketul yang kecik2 je sbb berdua ja makan
2. garam

c. untuk black pepper sos..

1. setengah botol black pepper sauce
2. tepung jagung
3. sos tiram
4. air

cara-caranya..

1. untuk bahan a

-ayam di masukkan dalam plastik n diketuk2 bagi agak leper untuk senang masak. - method ini sy tiru dlm masterchef australia..

-blen cornflake sampai jgn terlalu halus dan salut pada ayam bagi rata..

- biar seketika sampai ayam dan cornflake serasi bersama, then salut dgn telur. ada orang guna putih telur ja..tp sy bantai kuning dan putih asalkan melekat ja..

- bagi rest ayam tue sebelum kita start goreng

2. untuk bahan b

- rebus potato, dan jgn lupa letak garam sket.

- setelah kita yakin yang potato dah lembut, kita akan start lenyek potato 2..okey, ada dua method macam mana kita nk lenyek..bagi setengah org..dia mmg suka btl2 halus potato 2..anda boleh blend potato 2 dgn air rebusan..tp make sure jgn masuk bnyk sgt air tau..tkt jd makanan baby pulak nnti. dan satu lagi method anda boleh lenyek manually..iaitu menggunakan sudu atau apa2 sj peralatan dapur sehingga potato lenyek mengikut citarasa anda.

3. untuk bahan c

- masukkan setengah black pepper sauce di campur bersama dua cawan air ke dalam periuk.

-panaskan menggunakan api yg perlahan.

-masukkan sedikit sos tiram dan secawan air yg dibancuh dgn tepung jagung.

- kacau perlahan-lahan sampai pekat.

-masukkan button mushroom, garam dan gula secukup rasa.

untuk side dish..

saya hanya tambah kentang goreng dan sosej yang ada cheese bg sedap sket.

selesai..

ps: Selamat mencuba!!

Saturday, January 28, 2012

two of us..

Assalamualaikum..

tak mau tulis banyak..just nak tempek pic just 2 of Us.. :)