Sunday, November 10, 2013

Salam Maal Hijrah

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum.

Yes..long time no update. Hari ini baru mula nak menulis kembali. Before that, Salam Maal Hijrah 1435H semua..

Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga tahun ini dan tahun mendatang, kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. Dan moga ada berita gembira mengiringi perjalanan kita sepanjang tahun 1435H ini.

Mohon dengan doa.

Tahun ini inshaAllah rumahtangga saya dan suami menginjak ke angka 5. Dan ya, alhamdulillah masih berdua dan sentiasa berdoa akan muncul yang ketiga keempat dan seterusnya (maksud saya disini ketiga keempat dan seterusnya ialah anak-anak okay! bukan selain dari itu. haha)

Hmm, asyik tulis backspace, tulis backspace..Allah..hehe..susah sungguh nak menulis rupanya. Sejak akhir-akhir ni idea lari lintang pukang ke mana-mana tah. Saya cuba ya.

Tahun 1434H, tahun ke 4 saya mendirikan rumahtangga, saya semakin kerap diajukan soalan berkaitan dengan anak.

Bila nak ada anak, eh tak ada anak lagi ke, dah kahwin lama masih berdua dan bermacam soalan lagi diaju. Dan ketika tu, saya seolah-olah tak redha dengan keadaan saya. Saya mula menyoal, kenapa saya yang diuji, apa masalah saya, kenapa saya tak dapat-dapat anak lagi dan kenapa kenapa dan kenapa lagi..seolah-olah tak redha dengan ujian yang Allah timpakan pada saya dan suami. Dan ketika itu saya akan menangis, menangis dan menangis bila dengar kawan-kawan yang dah sampai rezeki mereka.

Allah, miskinnya ilmu saya, kurangnya santapan rohani saya sampai saya boleh mempertikaikan kekuasaan Allah. Makin lama jiwa saya rasa kosong. Saya rasa ada tak kena dengan diri saya. Saya tertanya-tanya, eh ini tanda-tanda orang nak meninggal ke? Macam ni ke perasaan orang nak meninggal? Saya tanya suami, kenapa dengan saya ni? Kenapa saya rasa kosong sangat hidup ni. Apa yang tak kena dengan saya?

Suami cakap, jangan fikir yang bukan-bukan. Suami cakap banyakkan solat, banyakkan mengaji banyakkan berzikir.

Dan satu hari, saya terbaca translation Al fatihah. Dan waktu tiba dekat ayat ihdinassiratal mustaqim
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Hati saya tersentap. Ya Allah, tiap-tiap hari saya berdoa untuk Allah tunjukkan saya jalan yang lurus, jalan yang Allah bagi nikmat, bukan jalan yang Allah murkai.

Tapi cara saya tak tunjuk yang saya bersungguh-sungguh nak berada di jalan yang lurus. Saya pertikai kuasa Allah, saya persoal kenapa saya yang diuji. Sedangkan ujian ini tandanya Allah sayangkan saya. Allah nak selalu saya bermohon kepadaNya. Tiap hari solat, doa saya supaya dikurniakan anak yang soleh, tapi kalau saya sendiri tak solehah, macam mana saya nak bimbing anak-anak supaya jadi yang soleh atau solehah kan?

Saya lupa..
Verily, every difficulty there is a relief - Quran 94:6. Tapi saya lupa tu.

Saya lupa..
Allah does not burden any human being with more than he is able to bear- Quran 2:286 . Allah tak akan beban kan hambanya sesuai dengan kesanggupannya. :(

Maka, bermula lah hijrah saya perlahan-lahan. Dan sampai kini rasanya saya rasa saya masih kurang santapan rohani. Saya masih merangkak rangkak mencari jalan fitrah.

Membaca buku contengan jalanan karya Hlovate, membuatkan saya macam kena renjatan elektrik. Persoalan dalam kepala saya, how if I die before I repent?
"A man decided to change on the 12th hour, dies on the 11th"

Saya kena buat something dalam hidup saya.

Terkenang awal-awal hijrah, saya mula dengan menjaga aurat. Bersarung kaki dan bersarung lengan. Sarung lengan rasa macam okay. Sarung kaki, Allah..rasa macam berat. Tak pernah dalam hidup saya sebelum ni nak bersarung kaki. Rasa susah. Sebab saya gemar berkasut tinggi. Bila berkasut tinggi dan bersarung kaki rasa awkward :P

Tapi, menutup aurat kan tuntutan agama. Maka, saya kuatkan semangat untuk menjaga aurat sesempurna yang mungkin saya buat.

Dari mula bertudung pendek, saya cuba labuhkan, dari tidak bersarung lengan, saya cuba bersarung lengan, dari tidak bersarung kaki, saya cuba konsistent kan..

Well, sambutan suami kepada perubahan. Alhamdulillah :)

Dan mula-mula saya berubah, well, jangan tiru kisah ini. No good. Setiap kali balik ke rumah family saya, saya tinggalkan sarung kaki dan sarung lengan. Kenapa? Sebab..hmm..keluarga saya mungkin agak terkejut dengan perubahan ini. Ketika adik saya berhijrah, keluarga saya mula question kenapa dengan adik, dia kawan dengan siapa, kenapa tiba-tiba bertudung labuh and so on membuatkan saya agak tak berani berhadapan dengan family lagi dengan perubahan saya. So, saya agak hipokrit di situ.

Ia mengambil masa untuk saya tunjukkan kepada family saya, hijrah ini. Dan alhamdulillah sekarang tiada yang mempersoal malah diterima baik oleh ahli keluarga. Alhamdulillah.

Sekarang, alhamdulillah. Saya dapat adapt dengan keadaan saya ini. Dan magiknya sekarang, setiap kali saya terima berita gembira dari kawan atau ahli keluarga tentang mereka sedang membawa ahli baru, saya tak sedih. Malah saya gembira untuk mereka. Allahuakbar!


Saya masih kurang, saya masih rasa jauh dengan Allah, saya masih belajar..tapi semoga saya terus istiqomah, semoga saya tak lalai kerana iman ini turun naik, semoga saya dapat menjadi muslimah yang lebih baik. aminn..



Jangan lupa doakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahkan ok. Jangan lupa doakan mereka di Gaza, mereka di Syria, mereka di Mesir. Dan dimana saja mereka yang tindas oleh pemimpin-pemimpin zalim dan musuh-musuh agama. Pray for ummah okay! :)

P.s May Allah bless

Tuesday, August 20, 2013

Pray for Egypt.

Assalamualaikum..

Friends,

I need your help..so much help..

please..please..please..pray for our brothers and sisters in Egypt.. :(




Du’a is the weapon of a Muslim..please pray for them..and don't forget pray to Syria, Palestine, Rohingya as well. :(

Hasbunallah wanikmal wakil Allah (Alone) is sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)

p.s May Allah bless

Wednesday, August 14, 2013

Mengapa perlu solat?

Assalamualaikum..

Mengapa perlu solat?

Sebab solat tiang agama. Dalam seni bina sekalipun, untuk membina sesebuah bangunan, apa yg diperlukan dulu ialah tiangnya. So do, agama..tegakkan agama perlu tegakkan tiang..kukuhkan tiang..kalau tiang lembut, kalau tiang tak kukuh, maka agama jugak akan kurang kukuh,

Sebab solat ialah masa kita dengan Allah. Masa kita berdua dengan Allah. Kita nak mengadu, kita nak meminta, kita nak merayu, kita nak memohon,,just speak to Allah. Allah maha mendengar segala rayuan kita. Instead of luahkan hati dekat orang, kita boleh luahkan perasaan dekat Allah..best kan?
Banyak lagi sebab kenapa perlu solat. Tapi paling utama sebab kerana itu perintah dariNya, itu tanggungjawab kita. Tanggungjawab yang Allah dah perintahkan hamba2Nya untuk buat. Lapangkan hati, ikhlaskan diri..insha Allah hidup diberkati.
Firman Allah :
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang – Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; Surah al-Ma’arij ( 70 ) : 19-23






Btw, Selamat Hari Raya. Semoga segala amalan kita diterima Allah.Amin. 
p.s May Allah bless~~


Thursday, July 25, 2013

Tolong stop pasang lagu raya


Assalamualaikum..

Lagu raya dah mula kedengaran di corong-corong radio..baru 17 hari puasa kottt...solat witir pun baru start baca qunut..kenapa nak dipasang lagu raya dah..Saya tak nak dengar lagu raya lagi..sebab..

saya baca quran tak habis lagiiii...waaa..takut tak sempat... :( Saya tak nak baca quran cepat-cepat semata-mata nak kejar target. Saya nak baca quran supaya saya dapat faham kandungan al-quran, nak feel macam saya baca novels.

Tolong hentikan lagu2 raya di corong-corong radio, di MP3-MP3, di lab, di ofis dan di mana saja saya berada..saya tak sedia lagi nak raya..pleasee..

Hmm..how fast time flies~~



Sekian..

p.s May Allah bless..

Tuesday, July 9, 2013

Stress

Rakan-rakan sekalian..benar..stress itu tidak baik untuk kesihatan. Tapi sekarang saya sangat stress..

Monday, June 17, 2013

Kisah Abah dan Saya :)

Assalamualaikum..

saya ada satu cerita nak dikongsikan..

dulu waktu saya kecik-kecik, abah memang sibuk. Selalu sibuk.. Selalunya bila kami adik beradik dah tidur, baru abah balik. Kadang-kadang sampai dua tiga hari saya tak nampak abah.
Dulu, saya selalu pura-pura tidur depan tv sebab saya tau nanti bila abah balik rumah, abah akan angkat saya masuk bilik. Waktu tue je la abah nak tengok saya. Dengan tue, abah takkan lupa saya :)

Bila dah dewasa nie, nak nak pulak dah kawen..lagi jarang jumpa abah. Sekali sekala balik rumah mak, takkan nak buat-buat tidur depan tv lagi pulakkan..anak abah nie tak kurang jayanya dia mem'besar'..hahaha

Tapi, walaupun saya jarang jumpa abah sekarang..inshaAllah doa untuk abah sentiasa saya titipkan untuk selama-lamanya..sebab doakan wireless..tak perlu jumpa untuk berdoa..walau jarang berjumpa, walau jauh beribu batu..walau dimana saja kita berada..kita boleh berdoa..

ya..saya sayang abah saya..

Happy Father's Day..abah..

May Allah bless you, May Allah grant the best to you..




May Allah bless..

Tuesday, May 28, 2013

Wanita Muslimah


"Eh, kenapa kau pakai inner ninja tue? Kau kan pakai bawal je?" tanya seorang sahabat.
Sambil tangan ligat membetulkan tudung dihadapan cermin dia menjawab,
"Bawal nie agak jarang, nanti nampak leher."

"Kau pakai handsock? Kan dah panjang tangan baju kau tue?" tanya sahabat itu lagi.
Sambil menyarungkan sarung lengan di lengannya, dia menjawab,
"Tangan panjang pun tak da kancing hujung dia, nanti takut ternampak lengan secara tak sengaja"

"Pakai stokin pulak..?kan ke kau pakai loafers tue..tak nampak dah jari-jari kaki tue" sahabat itu bertanya lagi.
"Aurat kita meliputi keseluruhan kaki, bukan setakat tutup jari kaki." sambil duduk menyarungkan sarung kakinya di tangga rumah dia menjawab.

Tanya sahabat lagi, "Kau tak rasa leceh ke tiap kali nak keluar kena buat semua benda-benda nie. Lagipun kita nak ke kedai depan nie je"
"Aku lagi rasa leceh kalau nanti kat padang masyar aku kena hisab dengan dosa-dosa yang patut aku boleh elak waktu kat dunia" lantas dia bangun dan bergerak menuju ke kedai di hadapan rumah mereka.


copy pic from pakcik google

Allah dah mensyariatkan cara untuk kita. Kenapa tak nak dapat redha Allah? :)
I am imperfect, I just wanna change for a better.

p.s May Allah bless~~

Friday, May 24, 2013

A relief..



Assalamualaikum..

dah isha'? Jom isha' dulu.. :)



p.s May Allah bless~~

Tuesday, May 14, 2013

7 Golongan Manusia Doa Paling Mustajab

Assalamualaikum..


Berdoalah..kerana Allah suka hambaNya yang meminta-minta kepadaNya..dan doa jugak senjata orang beriman..
peringatan untuk diri sendiri..

p.s May Allah bless~~

Thursday, May 9, 2013

La Tahzan..Jangan Sedih..Don't be Sad




Assalamualaikum..

Acap kali saya bersedih..saya berpegang pada janji Allah..insha-Allah satu hari nanti akan ada kemudahan buat saya..buat suami.. :)


p.s May Allah bless~~

Tuesday, May 7, 2013

Hlovate :)

Assalamualaikum..

Mimpi Hlovate semalam..hahaha..adeh..punya la addict dgn segala jenis hikayat hlovate then sebelum tdo mengadap Anthem, cenggini la jadinya..

Nak kenal alam nyata tuan punya Anthem memang idakla..Hlovate punya privacy super duper tinggi punya..tapi sikit pun tak terjejas tahap keminatan saya terhadap karya-karya beliau. *Wink*

So back to the story, semalam mimpi dia..at the beginning Hlovate is a man..then suddenly waktu dia keluar rumah, she wearing hijab..ahahahaha...she's small and very sweet person..pakai selendang tapi selendang labuh warna grey..heheheh...sangat merapu betul ini mimpi.

But whatever it is..dapat jumpa Hlovate walau sekadar dalam mimpi sgt menyeronokkan..jumpa the person that's inspired me a lot....and whatever it is jugak..
saya selalu mendoakan beliau di rahmati Allah..sebab tanpa beliau sedar..beliau telah banyak mengajar saya mengenal tuhan.





Dang!! Kena sebijik. Adeh..

kredit pic: Hlovate fb, mr google.
p.s May Allah bless

Monday, May 6, 2013

Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Jahiliyah.

Assalamualaikum

Pelajaran agama islam pada hari ini:

Ciri-ciri masyarakat zaman jahiliyah..


1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak - Berjudi bukan satu kesalahan, minum arak satu kemestian, zina satu amalam.
2. Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Perumpamaannya seperti orang yang tanpa rasa ragu2 buang bayi di sungai-sungai, si tepi masjid, dalam longgokan sampah dari atas rumah pangsa dan lain2 lagi..
3. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. - Perumpamaan nya seperti pinjam sepuluh ringgit bayarnya seratus.
4. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian- Perumpamaannya seperti keluarkan senjata tajam di seven eleven dah mintak cashier keluarkan duit tanpa rasa bersalah.
5. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada. Perumpamaan nya hang miskin, hang tak mampu bawak beg LV, aku kaya so mmg wajar aku bawak beg LV, Coach, Fendi..in term of handbeg side..
6. Empat agama zaman jahiliah, agama wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung. Tak tau nak bagi perumpamaan..Tengok sekeliling.
7. Mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing Perumpamaannya again, tengok sekeliling.

Kesan daripada sistem kabilah:


Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Fikir-fikirkan..
Sekian

kredit: http://pencariansebenarnya.blogspot.com/2012/03/ciri-ciri-zaman-jahiliah-dan-contoh.html

p.s May Allah bless~

Thursday, May 2, 2013

We can be anything in Dunya..but Akhirah?


Assalamualaikum..

If we are the winner in Dunya, doesn't mean we will be a winner in Akhirah..only imaan and taqwa will determine whether we are the winner or loser. Hence, me and you.....
Let's strive the best for Dunya and Akhirah..



Credit to Khadimul Quran for quote.

p.s May Allah bless..

Wednesday, March 27, 2013

Friday, March 22, 2013

Arah tuju selepas SPM

Assalamualaikum my dear silent readers (Kalau ada yang baca la *smile*)..




Semalam result SPM keluar kan? Big applause to all straight A student. Congratulation! :)

Bukan senang kan nak dapat straight A. Bukan senang..


(credit pic: Pakcik google)


Tapi bagi yang dapat keputusan yang kurang cemerlang..this is not the end of the world. Jangan putus asa, jangan patah semangat dan jangan putus harap.

ok..hari nie kakak nak bercerita sikit..kakak??tettt..memang kakak la kan..saya bukannya muda lagi pun walau kadangkala terlupa berapa umur saya kini..ok..back to the story..

biar kakak bercerita..

Actually, waktu sekolah dulu kakak bukan pelajar cemerlang pun. Malah boleh dikatakan tercorot. Kelas hujung-hujung bangunan, belajar suam-suam kuku saja. Main dalam kelas cuma tak ponteng kelas saja. Pendek kata tak serius dalam belajar.

Let me tell you a secret,

Sepanjang exam yang besar-besar eg, UPSR, PMR dan SPM, kakak tak penah dapat result lebih dari 2A..hahaha..terukkan? memang teruk..dan 2A remain subjek yang sama ja dari UPSR, PMR dan SPM. Bahasa Melayu dan Matematik. :)

Sepanjang tingkatan 5, setiap dari kawan-kawan kakak kebanyakan mereka semua cemerlang. Cikgu suka, cikgu sayang dan jadi harapan cikgu. Kakak nie? Angkat tangan nak tanya soalan pun cikgu pandang tak pandang je. Sedih sgt..sob sob..

Mereka semua ada arah tuju yang dah dirancang lepas SPM, hanya kakak saja masih mencari arah. Apa aku nak jadi? Apa aku nak buat? Apa nasib aku nanti? Soalan-soalan tue memang pernah terlintas dalam fikiran waktu sebelum SPM dulu. Tapi cuma macam angin lalu sj..seronok bermain plus berlara tue lebih dari semua fikiran yang berat-berat nie. Who cares? Lambat lagi kot. Enjoy the moment first. Dapat result fikir lain.

Kakak technical student..Budak sekolah teknik. Subjek yang paling tidak disukai fizik, kimia dan lukisan kejuruteraan. Sebelum SPM, memang kakak dah tekad kakak tak akan ambil lagi subjek2 mengarut nie. Memang kakak cadang nak ambik mass com lepas tue jadi wartawan. Hahaha..sebab rasanya mass com nie macam senang je compare dengan technical course nie.

So masa pegang slip keputusan SPM, kakak masih blur..apa aku nak buat nie dengan result yang macam nie?
Hanya 2A, dan 3 lagi cuma kredit, 3 lagi tak kredit ( fizik, kimia and add math) dan satu gagal (LK).. (ini secret tau) hahaha..teruk sangat kot result nie..sedih? of course la..tapi bak kata mak kakak..
"apa yang kita dapat, itulah usaha kita."
betul..apa yang kita dapat tue la usaha kita. Kakak tak berusaha, kakak banyak main, kakak tak serius belajar. Dengan result macam nie, dapat ke sambung belajar?
Abang kakak cakap.."result teruk macam nie mak bagi kawen ja dia nie. Tapi ada ke orang nak?" Huwaaa!!!

So berbekalkan keazaman yang tinggi..kakak pun try apply politeknik, waktu kakak dulu kolej komuniti tak ada lagi..U, matrik memang tak apply sebab tau tak layak. So apply politeknik, memang course yang kakak pilih perdagangan, setiausaha dan pilihan terakhir sijil kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Alhamdulillah..dapat politeknik. Allah bagi peluang untuk kakak belajar lagi. Cuma yang tak bestnya kakak dapat Sijil Kejuruteraan Elektrik Elektronik. Dalam banyak-banyak plihan yang kakak apply, kenapala kakak tercampak dalam course nie? Sebabkan hanya tue ja peluang yang ada masa tue, nak sambung private college family tak mampu..so kakak pun masuk politeknik.

Dan sebenarnya masa belajar sijil dulu pun kakak masih dalam mode bermain. Tak serius belajar dan tak pernah fikir masa depan. Result exam? Bolehlah cukup-cukup makan. Habis saja sijil, kakak try apply integrasi which is diploma selama setahun di politeknik untuk budak-budak sijil lepasan politeknik jugak. Tapi syarat untuk masuk integrasi haruslah pointer 3.5 dan ke atas. Result kakak time tue? cgpa hanya 3.20.. terukkan?

So, sementara kakak tunggu dapat masuk integrasi kakak pun kerja dulu. Dulu konon-kononnya percaya dengan sijil kejuruteraan tue kakak mampu jadi sekurang-kurang juruteknik. Tapi rupa-rupanya keadaan tak semudah yang di sangkakan..Kakak dapat kerja, as operator kilang. Mula-mula minta sebagai technician tapi tak ada kekosongan so kakak kerja sebagai operator. Dan time tue kakak sedar..hidup nie tak mudah..kerja sebagai operator dengan gaji hanya RM350 betul-betul bukak mata kakak. Tengok kesempitan hidup rakan-rakan sekerja lain buat kakak terfikir. Nasib kakak akan jadi macam nie ke nanti?

Dan boleh di katakan keinsafan mula muncul lepas tue. Kakak dah tekad kalau kakak dapat sambung integrasi memang kakak akan study betul-betul, tak nak main-main dah. Time tue baru terfikir perasaan mak abah kakak. Kesian mereka. Bersusah payah untuk kakak tapi kakak tak pernah nak gembirakan hati mereka.

Alhamdulillah, kakak cuma tunggu 6 bulan je untuk sambung integrasi dan dapat sambung Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik. Kan kakak dan janji nak belajar sungguh-sungguh. Kakak grad diploma dengan CPGA 3.71..alhamdulillah..

so, dapat sambung lagi..buat degree in Electronic Engineering jugak..bidang yang satu masa dulu bukan satu bidang pilihan..Kena sangat dengan ayat Allah..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Waktu degree memang kakak struggle sebab bila masuk U system pembelajaran agak berbeza dengan politeknik. Memang struggle. Mana dengan belajar 100% note in english except kelas bahasa melayu dan arab. :) Mana dengan nak compete dengan student matrik yang kebanyak straight A dan banyak A tue kan..Mana dengan lecturer yang susah nak dapat tips, mana dengan kahwin time final year..tettt! hahaha..thats another story...kita bukak post lain nanti.. tapi alhamdulillah kakak berjaya harungi zaman universiti dengan baik. Finally kakak berjaya dapat degree..

Apa kerja kakak sekarang? Alhamdulillah I'm Engineer now dan dalam planning untuk sambung master..masih berfikir-fikir untuk sambung course apa..doakan saya :)


Well, it's not the easy journey that I am went through..but I always believes success will come to whoever strives for it..

Percayalah..adik-adik..walaupun kita tak berjaya dalam SPM, believe me kita tak mungkin gagal untuk masa depan jika kita terus berusaha sebab Allah tak akan menghampakan hamba-hambaNya yang berusaha? kan..
Don't let defeat to beat you but beat the defeat to make you success.. Kejayaan tak datang bergolek tapi kita harus usaha walaupun jalan yang bakal kita lalui itu merupakan jalan yang panjang. Kita boleh merancang but Allah yang akan menentukan (ayat cliche kan) but that is the true.. Just put our trust to Him. After all, He is the best planner :)

Apa yang kakak ceritakan is a part of my life journey bukan untuk membangga diri cuma diharap dapat memberi sedikit inspirasi.. :)



p.s May Allah bless..



Thursday, March 21, 2013

Allah makbulkan doa saya..

Assalamualaikum..

semalam sebelum lelap mata,
saya perasan yang handphone saya dah out of battery,
nak charge tapi charger di office,
cari handphone suami, tak ada,
rupa-rupanya handphone suami di bawah, di porch dan di dalam kereta..
saya pandang jam di atas meja di tepi katil, dan jam tue pun dah kehabisan bateri..
tertanya-tanya macam mana saya nak bangun esok pagi? tanpa alarm di sisi mesti saya akan lajak tidur..
berbekalkan jam di tangan, saya berdoa dan bertawakkal..
tepuk bantal tiga kali dan doa dalam hati..

Ya Allah, semoga aku dapat bangun pukul 6 pagi esok..

pagi tadi, mata tercelik..hati dah cuak..dah pukul berapa nie?
tengok jam di tangan..
subhanallah..6.03 pagi..tak lama terus saya dengar azan..
azan subuh yang sebelum nie jarang-jarang dapat saya dengar..
Alhamdullillah..
Allah makbulkan doa saya..

p.s May Allah bless..







Tuesday, March 12, 2013

Our Spouse

Assalamualaikum..

Love this quote.

But I prefer to say..

My spouse is one of the greatest blessing Allah has bestowed upon me and one of my greatest trial.. :)

Ana uhibbuka zawji lillahitaala..


p.s May Allah bless..

Monday, February 25, 2013

NOVEL: Alang Rebus Tak Empuk

Assalamualaikum..

Actually, dah lama dah plan nak cerita pasal novel ini tapi tak sempat. Sebelum tue, jom kita review first sinopsis pasal cerita nie..

Sorry, quality gambar kureng sikit.. Ini disebabkan I used hp camera only. The camera is out of battery and since I tak begitu rajin mengecas..maka saya snap pakai hp aje..tp nampakkan?? :)

Sinopsis:

Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

okey..jom review sikit..

Novel nie is very simple and yet tak memboringkan. Sebenarnya untuk saya yg dh nearly 30 tahun ini, bila baca novel mcm ini buat saya rasa muda 10 tahun ke belakang.. :) because sepanjang saya baca novel nie, saya rasa macam sy pnh experience with all this cinta monyet, friendship, assignment belambak2, FYP proposal kena reject.. semua la..

cerita nie sgt la sweet. nak2 pulak penulis x gambarkan heroin dia muka ala-ala siti saleha ke, wawa zainal ke, or pelakon2 comel2 yg ramai kt pasaran skrg. Yang menariknya dia gambarkan gadis tue gelap, banyak jerawat (cantik sikit pada jalan tar) dan pendek tp mukanya sweet ala2 cheryl samad,pendiam pemalu dan baik hati yang minat sgt dekat jejaka yang hensem charming, tinggi mcm model and jejaka tue pulak mmg tak pandang la awek2 yg tak cantik nie..dan minat sorg gadis yg cantik ala2 juliana evans kt kolej 2..

tapi at the same time, since si Shifa dah teradmit perasaan dia dekat Ziyad, Ziyad serba salah dan untuk tak nak menghampakan Shifa, dia bagi nama pada hubungan mereka TEMAN TAPI MESRA..so cliche la..tak suka dgn term tue..tettt! *emo* 

masa berlalu, somehow, si Ziyad nie rasa hati dia dh di terbalikkan dan dia rasa mcm ada satu perasaan pelik dekat shifa dan di cuba untuk deny perasaan tue..tapi hati orang boleh di tipu hati sendiri, sendiri saja la yang tau.. 

so, between gadis cantik yg sombong dengan gadis biasa2 sj tapi baik hati, Ziyad harusla pikir yang terbaik.

Okey di sebalik cerita yang santai ini, apa yg dpt disimpulkan ialah..

Jgn pandang sekadar rupa semata2..pandang la peribadi. Sebab rupa menyenangkan hati kita sementara tapi akhlak dan peribadi menyenangkan kita selamanya..

sekian~~

p.s May Allah bless

Tuesday, February 19, 2013

A love letter..

Assalamualaikum..




Well, I love this quote. I really meant it. It just like what I feel and it's interpreted into the words..

Why??

Because He ALWAYS know what we DONT know. As in Holy Quran said:

"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." 2:216


p.s my mom always said put your trust to Allah. Indeed Allah is the best planner..

May Allah bless..

Thursday, February 14, 2013

Surah Al Fatihah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 23 Jan lepas, genap 4 taun sy dan En Azrin berdua bersatu (bak kata Forteen) :)
Dan kami masih berdua..Wink! tapi tak apa..saya tak kisah pun because I always believe that Allah has better plan for both of us. So, la tahzan..

But, that's not the point I would like to share today. Hari ini saya nak share something. I feel weird with myself nowadays. Sungguh..the feeling is like macam I'm missing something. Macam my life is not complete. Macam missing puzzle to complete a picture. Tapi apa yang missing? Itu yang saya masih struggling mencari. Sampai baru-baru nie sy notice. Dalam doa saya setiap selesai solat, saya mohon Allah kurniakan saya dan suami anak-anak yang soleh dan solehah, yang dapat menegakkan agama Allah, yang dapat menjadi seorang yang berguna untuk agama dan masyarakat, anak-anak yang dapat mendoakan sy dan suami bila kami tak ada di dunia kelak dan anak-anak yang dpt mengeratkan kasih sayang saya dan suami. Saya mohon Allah kurniakan sy dan suami anak-anak ini. Tapi apa yang sy dah buat untuk diri saya? Nothing.

Saya tak buat apa-apa pun untuk diri sy untuk saya mampu dapat anak-anak yang sy mohon dari Allah taala. Saya masih amik mudah bab-bab menjaga aurat, saya masih amik mudah bab-bab berkomunikasi especially dengan berlainan gender, saya masih amik mudah dalam sikap dan tanggungjawab, saya masih melawan ckp suami (sometimes), sy masih tak jaga hubungan sesama manusia, even saya sendiri masih belum mampu untuk bergelar muslimah yang baik, macam mana Allah nak kurniakan sy anak yang soleh dan solehah?

Recently, tiba-tiba sy tergerak nak baca terjemahan surah Al fatihah (yang mana sepatutnya sy dari dulu lagi harus baca dan faham makna dlm surah fatihah tapi saya amik mudah) perasaan sy sungguh berdebar, takut dan rasa betapa berkuasanya Allah, sedangkan sebelum nie surah tue yg sy baca dalam setiap solat saya.

Saya rasa takut sbb setiap kali dalam solat sy mohon Allah tunjukkan jalan yang lurus, dan Allah dh guide kita menuju jalan yg lurus, tapi kita masih ambil muda, Allah dah terangkan perkara yang Dia murka ,melalui ayat-ayatNya di dalam al-quran tapi kita masih leka..dan sekarang sy faham sesungguhnya Allah sentiasa ada rancangan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bagi saya, Allah mahu saya berubah dulu untuk menjadi hamba yang lebih baik, anak yang soleh, isteri yang taat sebelum sy dapat jadi ummi yang dapat mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berakhlak baik.


Bacaan surah Al-Fatihah, ayat 1-7 yang bermaksud:
‪[1] 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]
 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]
 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]
 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.‬

Insha-Allah saya akan cuba memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik. 

“Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ku selepas Engkau berikan hidayah.”
“Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah engkau beri petunjuk kepada kami. Dan Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.”

p.s  May Allah bless...

Tuesday, January 29, 2013

Holiday Everywhere!

Assalamualaikum..


Tempek2 gambar jalan2 weekend hari tue..ada masa nanti sy write down our journey.. tak kemana sgt pun..dlm Malaysia jugak.. :)



p.s Have a blissful Monday everyone..May Allah bless.. :)

Friday, January 11, 2013

My Cook Scrapbook

Assalamualaikum..

Eh apa nie? Rajin sgt update nie Farah??Why? :P

Well, tiba2 teringin nak share one of my azam. This year and onwards I hope I can write down every recipes that I cook into a scrapbook. Since sy nie tak da lah pandai masak kan..So every time I cook seems like having sentimental value on it. So my plan is to write down all recipes that I learn from my mak, my MIL, my sisters and pakcik google and write it in a scrapbook. And it will be handwriting okey. Tak mau type2 then just simpan dalam laptop. Tak adventure :P
 Macam dulu2 waktu sekolah kita kena buat scrap book, then kita akan make it colorful, then people will get attract to read kan..macam tue la saya nak buat. So, setiap kali saya masak, i'll write down the recipe and stick the pic. Nanti2 bila ada anak, i'll cook with her or him then kami akan sama2 stick our cooking pictures into this scrap book..anak??

errr...dah jauh sgt nie..first thing..get the baby first farah! :P

Well, people said we never know until we try kan..Why not. Dalam kepala nie dah macam2 idea keluar, but then sampai kedai buku..all my imagination seems like running or hiding somewhere.. terus blank a.k.a kosong kosong..macam lagu najwa latif. :D tak apa..still have time.. slow slow kayuh farah.. lets the dream comes true..chaiyok!
In shaa Allah..doakan saya ya..



“If your dreams do not scare you, they are not big enough" ― Ellen Johnson Sirleaf


My Scrap book would be like this..tapi bukan yang nie tau..the idea would be something like this.. thanks pakcik google for useful info :)


And my cooking.. :)


 

Chicken Chop with mesh potato, french potatos and hotdog black pepper sauce. 



Home made Pizza  



Spaghetti bolognese with homemade sauce



Udang masak patani



Baget best je kan..tak pa la..for own use only..bukan nak publish pun.. :D
So doakan la supaya dapat sy realisasikan impian saya nie..

May Allah bless..

Tuesday, January 8, 2013

New Year, New Look..

Assalamualaikum..

New year spirit comes together with new blog opss..bukan new blog but new blog's look only maa..saya sayang blog sy..it's almost 5 years old..even dah tak serajin dulu i am update the entry but this still exist.. :)

pink..

I love pink. Not sure la why I am so attracted to pink color. Usually when people say pink,automatically visualization is someone with so lemah lembut, sweet, SMALL.. i mean small here are kurus dan kecik and ayu (in my mind, I dah terbayang my friend cikgu eka..she loves PINK)..but me..none of all these criteria. Saya tak lemah lembut but not up to ganas person tp bit clumsy and kelam kabut. Sweet? Oh..encik azrin cakap saya tak sweet.. :( but enough to attract him looking upon me.. wink! :) SMALL? that's my determination. I need to kurus back. Looking class for zumba. Kalau sesapa tau kat mana ada kelas Zumba di sungai petani nie.Please let me know. Thanks :)

However am I, kasar ke besar ke even tak sweet pun, saya tetap suka pink. After all that is the favorite color of Rasulullah SAW kan..apa yang menjadi kegemaran baginda, harus menjadi kegemaran untuk kita jugakkan :)

So, last words..WELCOME TO MY PINKY BLOG..

May Allah bless..

p.s layan gambar tmpt shooting adam dan hawa KING'S PARK..tempat yang sama cuma waktu kami smpai, dorg yang tak de..peace!


Friday, January 4, 2013

Welcome to 2013

Assalamualaikum..


A bit late to welcome us to year 2013 but better late then never right.. so happy new year. Semoga kedatangan tahun baru akan bagi seribu kebaikan untuk kita semua. Dan terus berazam untuk yang terbaik untuk kita. Tapi azam saja tak cukup
kan..must complete with effort, do'a and tawakkal to Allah. To give what the best for us. Well, He is the best planner afterall right? :)

May Allah bless..