KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.
Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.
ehsan harian metro
tiada lagi gelak ketawanya, tiada lagi lawak jenaka nya, tiada lagi suaranya..tinggallah segala-galanya..semoga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarham Din Beramboi..Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment